Friday, 28 March 2025

RAYA ZAMAN DULU

 ASSALAMUALAIKUM

RAYA ZAMAN DULU

 



Mengenang masa beraya zaman kanak-kanak membuatku tersengih memanjang. Terutama tentang baju raya yang sedondon dipakai kami tiga beradik perempuan yang hampir sebaya hasil jahitan tangan emak.

Ketika tu kami sekeluarga tinggal di sebuah rumah kecil beratap nipah. Rumah jiran-jiran yang lain besar agam semuanya dan berdekatan antara satu sama lain. Kalau nak berziarah raya memang senang.

Pagi-pagi lagi sudah bangun berlari ke perigi untuk mandi sunat hari raya. Bukan main dingin lagi air yang ditimba naik menyiram tubuh kecil. Menggeletar bibir menahan kesejukan tapi mandi sunat hari raya fitri mesti dilakukan. Kelak selepas mandi bolehlah bergaya dengan baju baru dan kasut baru.

Siap berpakaian cantik akan bersarapan dulu dengan ketupat pulut dicicah gulai daging berserta kuih-kuih  tradisi yang disediakan emak. Kemudiannya bergerak ke masjid dan ke tanah perkuburan. Masjid dan tanah perkuburan jadi tumpuan anak-anak di hari raya kerana ramai yang sudi menghullur sedekah kepada anak-anak di situ.

Beraya ke rumah jiran-jiran hanya dijamu ketupat dan kuih muih saja dan kalau nak mengharapkan duit raya memang tak dapat. Duit raya hanya diberi emak ayah sendiri di hari raya. Berbeza sungguh cara raya anak-anak dulu dengan kini yang dengan mudah mengumpul duit raya dalam jumlahnya yang banyak.

Zaman aku beraya dulu kalau dapat kumpul seringgit pun sudah terlalu banyak rasanya. Kaya sangat dah tu heh..heh..


3 comments:

  1. Dapat 50sen yang bulat tu pun dah seronok sgt.
    Linda pulak, corak baju sama, tapi warna lain2..dulu kan banyak kain pasang mcm tu, corak sama, tp mesti ada 2,3 warna berbeza..sekrg, nak masuk kedai kain pun jrg.melainkan boleh jahit sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh linda kan...kenangan indah raya zaman dulu

      Delete
  2. Jaman wak kecik2 dulu belum ada tradisi pemberian duit raya ni.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist