Wednesday, 5 March 2025

BERAS PERANG

 ASSALAMUALAIKUM




BERAS PERANG
.
Beras perang memiliki kualiti yang tinggi, kaya dengan khasiat berbanding beras putih. Kandungan serat dan antioksidan juga lapisan bran yang masih menyelimutinya, menjadikannya pilihan utama bagi penghidap diabetes sebagai makanan harian. Namun, tidak ramai yang menggemarinya.
Di kampungku, pengguna beras perang sering dipandang sinis, dianggap sebagai golongan yang serba kekurangan. Rasanya yang sedikit kasar selepas dimasak membuatkan ia kurang digemari. Kini, harga beras tempatan telah menyamai harga beras import, hanya kerana pembungkusnya melabelkannya sebagai beras luar negara.
Ketika aku pulang ke kampung hujung tahun lalu, aku mendapati ibu saudaraku memasak nasi menggunakan beras perang. Apakah beliau kini menyedari khasiatnya, atau sekadar tidak mampu lagi membeli beras tempatan yang telah "bertukar wajah" menjadi beras import dengan harga yang lebih mahal?
beras tempatan
citra label bungkusan –
soalan nilai

2 comments:

  1. Kita jarang2 menanak beras perang walau pun dikatakan lebih baik khasiatnya.

    ReplyDelete
  2. Eh harga beras coklat, beras merah, beras hitam, di sini itu jauuh lebih mahal kak drpd beras putih. Krn itu banyak orang tak nak. Saya dulu sempat makan pakai beras merah dan beras coklat. Pernah juga beras hitam.

    Beras hitam yg paling tak sedap 🤣🤣. Ternyata dia harus direndam 1 malam sebelum di masak.

    Kalo beras perang dan beras merah saya masih suka. Tp masalahnya suami dan anak2 tak suka. JD akhirnya saya stop

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist