Wednesday 2 October 2024

SIJIL PUISI SAJAK KEMERDEKAAN WADAH


 


Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.


Saudara/ Saudari,

Tahniah dan Penghargaan!

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas penyertaan anda dalam Pertandingan menulis Puisi Sempena Hari Kemerdekaan 2024. Penyertaan anda bukan sahaja menyumbang kepada kejayaan program ini, tetapi juga mempamerkan semangat patriotisme yang tinggi melalui karya puisi yang penuh makna.

Untuk makluman, pihak WADAH mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam penganjuran pada kali ini dan lebih 300 penyertaan telah diterima dan proses pemilihan memakan sedikit masa memilih yang terbaik di antara yang terbaik.

Walau bagaimanapun, pihak kami akan mengumumkan pemenang menerusi laman sosial rasmi Wadah Pencerdasan Umat Malaysia sedikit masa lagi.

Dengan ini, kami sertakan Sijil Penyertaan sebagai tanda penghargaan di atas komitmen dan usaha yang telah diberikan. Kami berharap penyertaan ini menjadi titik tolak untuk anda terus berkarya dalam bidang sastera dan seni, serta menjadi inspirasi kepada orang lain untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan.

Sekali lagi, terima kasih atas penyertaan anda dan semoga terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.

Sekian, terima kasih.

-NOR SAHADA MUHAMMAD NOOR-

--
SEKRETARIAT WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH)
Anjung Rahmat Pusat Dakwah dan Tarbiah WADAH 
No. 7, Lot 2996, Persiaran Makmur, 
Kampung Sungai Merab Luar, 43650 
Bandar Baru Bangi, 
Selangor Darul Ehsan. MALAYSIA.

Tel : 03-8920 2142/ 03-8920 1769
Faks : 03-8922 9425

7 comments:

  1. Alhamdulillah tahniahhh...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tahniah... Seronok bila hasil kita dihargai :D

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak, semoga terus berkarya dan sukses... aamiin

    ReplyDelete
  4. wahhh tahniah kak๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘tahniahhhh๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist