Sunday 13 October 2024

BEKOR DI SEBALIK CERITA DUKA

 

ASSALAMUALAIKUM

 


BEKOR DI SEBALIK CERITA DUKA

Genre : Multigenre

Penulis;

Esei: Shari Shawarudin Pandak Osman, M Zaki Arif,  Ros Anita Kartini Mohamad, Sabariah Bahari.

Anekdot: Chai Loon Guan, Amir Hamzah Mohd Wazir, Mohd Nazri Zainudin, Eima Shams, Paridah Ishak, Adziah Abd Aziz, Norhafizan Jamaludin, Abd Aziz Ali, Naharudin Abd Rashid, Onn Abdullah, Sabariah Bahari, Siti Zaiton Ahmad, M Zaki Arif, Farhan Zainudin, Rosmarina Abu Bakar, Nor Anis Izzati Mohd Sahlan, Abd Hanif Eh-Lah

Sajak: Jaimey Mat Senang, Farhan Zanziba, Shuhada Junid. Chai Loon Guan, J.r Jel, Mamu Mk Hasny,Hanom Ibrahim, Al Khair AlJohore, Eima Shams, Mohd Zuraimi Razali, Ahmad Noh, Amir Hamzah, Abd Aziz Ali, Adziah Abd Aziz, MK Paydee Mualim, Mohd Nazri Zainudin, Z.Luzaif, Onn Abdullah, Paridah Ishak, Samsa Harris, Mohd Hashim Osman, Itaharmy, Anuar Mohd Yusof, Siti Zaiton Ahmad, Al Hisyam, Norhafizan Jamaludin, Abd Hanif El-Lah, Pena Berdoa, Medan HY, Khairul Azman Mokhti, Nudra Syafini, Wacana Minda, Noor Samsiah Mohaidin, Lanzz, S Fatimah Said, Rosmarina Abu Bakar, Sriwati Hj. Labot, Zannfahan, Faris Arshad, Shapiai Mohd Ramly, Jamilah Mohd Tahir, Nor Anita Mat Isa, Shasha Shakirah, Sargumaran Macnikam, Ijamala MN, Saudah Mat Lazim, D Pinggiran, Nor Azmi Osman,

Cerpen: M Zaki Arif, Sabariah Bahari, Rosmarina Abu Bakar, Mana Sikana

Penyelenggara M Zaki Arif                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              

Penerbit : Karyawan Pk

Nombor ISBN : 978-629-99705-3-8

Bilangan mukasurat : 231

Pengulas : Paridah Ishak

 

Naskhah multigenre berjudul BEKOR DI SEBALIK CERITA DUKA  mengandungi esei, anekdot, sajak, cerpen mengungkap sejarah perang yang berlaku di Bekor suatu ketika dulu. Semua karya dan sajak berkaitan peristiwa tragis berlaku di Bekor menarik ditelusuri hasilan penulis terlibat selenggaraan M Zaki Arif. Membaca esei Shari Sharafudin Pandak Osman, M Zaki Arif, Sabariah Bahari, Ros Anita Kartini Mohamad menambah pengetahuan tentang sejarah sebenar yang berlaku. Penulis Shari Sharafudin Pandak Osman menulis esei panjang dengan teliti. Semua yang terlibat dan menjadi mangsa serangan Komunis disenaraikan. Beliau anak jati Bekor dan telah membuat kaji-selidek dengan menemuramah penduduk kampung Bekor dan empat kampung berhampiran terlibat yang masih hidup juga warisnya. Di samping membuat rujukan buku ditulis Mohamad Ali Haniffa 2022, HUBUNGAN MELAYU-CINA SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU (1945-1955) KONFLIK DAN KOMPROMI, terbitan Universiti Utara Malaysia.

Pembaca dibawa menghayati saat cemas, kritikal, ngeri, sedih, marah berbaur rasa mengenang kepayahan penduduk melawan serangan Komunis yang ingin menawan Bekor. Masyarakat bersatu padu di bawah kepimpinan beberapa orang ulama dan mempelajari seni mempertahankan diri zahir dan batin untuk melindungi keluarga dan kampung. Perlawanan memberi kemenangan awal tapi peranan tali barut mengalahkannya. Kekejaman Komunis membunuh ramai mangsa dan membakar rumah penduduk digambarkan  ketara. Mereka juga mencetuskan permusuhan antara kaum yang menghuni sekitar pekan Manong dan empat kampung berhampiran Bekor.   

Sajak petikan karya penyelanggara naskhah ini menyimpulkan citra kejadian sebagai penutup.

 

BEKOR

Kerantung dipalu siapa yang mendengar

raung sepelaung menyisir hutan gunung

Subuh hening bergelimpangan syuhada dari anak tangga surau santak ke pinggir sungai

Nyatalah kita tewas di gelanggang patriotism. Hari ini kita ungkit kembali cerita duka

kerana sejarah tidak pernah mati

gersang di persada, tidak di jendela hati.

 

M Zaki Ariff 1 Disember 2023    

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist