Tuesday 1 October 2024

CERITA POKOK DOKONG

 ASSALAMUALAIKUM


CERITA POKOK DOKONG

 





Di belakang rumahku tumbuh pokok dokong meninggi dan subur. Sepokok saja pun. Bukan aku yang menanamnya. Tapi hasil daya bapaku. Sudah bertahun-tahun usianya tidak pula berbuah. Aku hanya menanti hendak menikmati hasilnya entah bila. Kini aku bermastautin di Serendah pula. Adikku yang tinggal di kampung mengirim whatsApp bergambar memberitahu pokok dokong itu telah berbuah lebat dan meminta aku pulang menuainya. Alhamdulillah.  Anak-anakku pulang  ke kampung. Anakku Tuan Uzaini, menurunkan gugusan buah dokong daripada pokoknya menggunakan tangga. Dapatlah aku merasanya. Amat manis bersari. Sebab buahnya terlalu lebat tidaklah diambil semua. Ditinggalkan menjadi rezeki pada sesiapa yang berminar di situ.    

 

Tuan Uzaini –

gugusan buah dokong

tangga rezeki


7 comments:

  1. Alhamdulillah
    Pahala yang sentiasa mengalir untuk orang yang menanamnya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Buah dokong memang sedap dan manis.
    Rezeki untuk insan terpilih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin tksh amie ya manis sgt kak makan sikit ja

      Delete
  3. Best nyer.. lebat sungguh buah nya.. rezeki.. dan pahala utk ayah yg menanam.. :D

    ReplyDelete
  4. Sukanya buah duku . Sekali makan susah nak berhenti 😄👍

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaaa dokong... fav sy berbanding duku or langsat

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist