ASSALAMUALAIKUM
DESA PINGITAN
Novel Desa Pingitan tulisan sasterawan Ibrahim Omar setelah
membacanya menarik minatku untuk menulis kisah seumpamanya. Aku berhasrat
menulis novel persis itu kelak. Tapi berbeza
kisahnya. Entah bila akan terhasil tidaklah aku pasti. Sekadar berangan-angan
saja. Aku tiasa sibuk saja dengan rutin seharian. Tiba-tiba takdir mengubah
norma hidupku. Ketika usia senja aku terpaksa menulis setiap hari kerana itu
saja keupayaanku. Dan terhasillah novelku yang pertama berjudul Kelarai Impian
terbitan DBP pada tahun 2020.
horizon senja –
novel “Desa Pingitan”
ilham kreatif
BUNGA EMAS
Aku dan kawan-kawan di sekolah Dulang Kecil mengikuti lawatan
sambil ke Alor Star. Banyak tempat menarik dilawati. Antaranya istana Anak
Bukit, masjid Dzahir, makam diraja Langgar, Muzium Kedah dll. Melawat muzium
menjadi kesukaanku. Pada tahun 70 bangunan muzium ini sederhana saja. Sisi
bangunan muzium dihiasi dengan tanaman pohon mawar merah. Bunganya sedang mekar mengharum. Berpusing-pusing sekejap sudah selesai setiap
ruang pameran dilawati. Khazanah sejarah lama bernilai seperti manuskrip silam,
bahan-bahan berupa artifak dipamerkan. Aku tersilau pesona “Bunga Mas” menurut
catatan sejarah sebagai hadiah daripada kerajaan Kedah pada kerajaan Siam pada
suatu ketika dahulu. Tersangatlah cantik sen ukirannya. Walau hanya sebuah replika.
Muzium Kedah –
jajaran pohon mawar
mekar sejarah
Waah kak PI ada terbit novel juga, hebaaat ๐๐. Naah kalo novel saya memang tertarik utk baca. Tentang apa kelerai impian ini kak?
ReplyDeleteNovel desa pingitan tu tebal sis. Saya baca zaman dolu2 tak ingat macamana ada kat rumah sampai habis ceritanya saya baca. Memang best, Sejak itu memang suka baca novel, Cari lagi kut novel tersebut ada di terbitkan lagi tapi jenuh cari tak jumpa. Kalau sis ada terjumpa di jual ke atau dibuat baru bagi tahu saya ye.
ReplyDeleteTahniah ye sis semuga lagi banyak novel dapat di terbitkan.
ReplyDeleteWah tahniah kak moga terus maju jaya untuk berkarya lagi dan lagi
ReplyDelete