Tuesday 25 June 2024

PERANCANGAN

 ASSALAMUALAIKUM



PERANCANGAN
Aku suka merancang sesuatu rencana inginku lakukan dalam kehidupanku. Kebanyakan perancanganku mengecewakanku. Setelah berkahwin aku merancang membina keluarga bahagia di samping memberi didikan dunia dan akhirat pada semua anak-anakku sebaiknya. Tapi kebahagian perancanganku hanya impian. Hancur berderai. Takdir tersurat aku reda. Aku bersyukur perancanganku inginkan kejayaan anak-anakku dalam menimba ilmu dunia akhirat Allah makbulkan. Setelah anak-anak tamat pengajian dan bekerja aku merancang hendak menunaikan ibadah fardu haji. Lagipun sudah lama mendaftar di Tabung Haji. Wang simpanan untuk perbelanjaanya sudah mencukupi. Tiba-tiba aku kemalangan jelang Aidiladha. Pinggulku patah tulangnya akibat jatuh terhentak. Dan aku tidak mampu berjalan lagi. Mendapat tawaran kali pertama beribadah haji pada musim Covid-19 merebak. Adik-adikku kebetulan mendapat tawaran tunai haji bersedia membantuku di sana. Tapi perjalanannya tergendala kerana tidak mendapat keizinan pihak berkuasa. Tahun 2022 mendapat tawaran lagi menunaikan haji. Anak-anakku membawaku menjalani pemeriksaan kesihatan. Hasilnya gagal. Tekanan darahku amat tinggi. Doktor tidak meluluskan permohonanku untuk beribadah haji. Kini aku tidak mahu merancang apa-apa lagi. Pasrah ketentuan-Nya.
.
tekad isteri
sambutan Aidiladha
cerita lain
All reaLike

3 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist