Sunday 30 June 2024

KUIH BAULU

 ASSALAMUALAIKUM



SELAMAT BERHUJUNG MINGGU


KUIH BAULU

 

.

Kuih tradisi Melayu menjadi kegemaranku. Pelbagai jenis pilihannya. Salah satunya ialah kuih baulu. Suatu ketika dulu pernah menolong atukku membakarnya. Bahannya cuma tiga saja iaitu tepung gandum, gula, telur ayam atau itik. Caranya mudah. Telur  dicampur gula ikut sukatannya. Dipukul dengan penimbuk telur sehingga sebati dan berbuih putih. Kemudian adunan telur dan gula dimasukan tepung gandum yang siap dijemur dan sangai secara sedikit demi sedikit. Jika telurnya semangkuk maka semangkuk juga tepung digunakan. Siap adun isikan dalam acuan bentuk cermai atau ikan. Di bakar pula dalam periuk beralas pasir di atas api berbara. Bara api juga diletakkan di atas tudung periuk pembakar. Sekejap saja masa membakarnya. Sudah pun masak. Amat enak rasanya. Rangup tapi lembut. Kuih baulu di pasaran sekarang berbeza rasanya. Patah seleraku hendak menikmatinya. Pembuatannya terlalu improvisasi. Banyak tokok tambahnya. Tekstur pula terlalu lembut dan tidak tahan lama.

 

 

penimbuk telur –

kuih baulu rangup

tradisi ilam


6 comments:

  1. Betul Kak PI.
    Memang beza sangat bahulu sekarang dengan bahulu dahulu. Bahulu sekarang cepat bercendawan.

    ReplyDelete
  2. dah moden & improvisasi...ada yg berperisa pandan, coklat..ada ditambah coklat cip...

    ReplyDelete
  3. ariff yong, influencer/DJ lawak tu translate kan kuih bahulu ni = kuih your shoulder (bahu lu) hahaahahah

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist