ASSALAMUALAIKUM
Dalam grup whatsapp seorang sahabatnya saudara Zulkifli Jaafar ialah mantan pengarah muzium Kedah. PI seorang yang berminat dengan sejarah cubalah meminta sahabat yang pro dalam bidangnya berkongsi sedikit cerita berkenaan penemuannya di tapak arkeologi LEMBAH BUJANG MERBOK. Lebih tepatnya di SG.BATU. Seorang jiran PI juga kaum kerabatnya tinggal di sini. Tidaklah jauh dari kampung asal PI di Yan.
Catatan sdr Zulkifli Jaafar(c)
Sungai Batu merupakan salah satu di antara lebih 100 tapak arkeologi yg ditemui di lembah Bujang yg dilaporkan ditemui sejak 1840 yang membuktikan lembah Bujang sebagai entrepot yg menghubungkan 3 tamadun awal manusia dari China , India dan Arab yg datang berkumpul untuk bertukar komoditi yg dihasilkan oleh mereka dan produk komoditi dari kepulauan Melayu sejak SM 300 .
Laporan penemuan tapak sungai Batu telah direkodkan sejak 1930an dan kerja ekskavasi secara intensif telah dijalankan oleh USM sejak 2004 hingga kini.
Antara penemuan utama adalah sisa structure binaan Hindu dan struktur binaan yg digunakan sebagai tempat proses peleburan besi bertarikh kurun ke 8 masehi.
Bukti arkeologi ini membuktikan bahawa Kuala sungai Batu merupakan satu-satu pengkalan yg di gunakan Oleh pelebur besi dari India untuk meleburkan bijih besi yg Banyak terdapat di sekitar Sg Batu untuk dijadikan tampang besi sebelum dibawa ke India
banyak kesan sejarah di Lembah Bujang...maknanya kerajaan lama di Kedah sudah maju berabad-abad lamanya..
ReplyDeleteWarisan negara yang sangat bernilai
ReplyDeletesaya sampai lembah bujang je. sg batu sekadar lalu je sbb hari dah malam. nnt dtg sg petani lg sy nk sggh sini
ReplyDeleteInteresting...
ReplyDelete