Friday, 17 November 2023

SOLIDARITI

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

 


Berkain  kasa selendang satin,

ramai menjeling lalu di situ;

berjuang bangsa demi Palestin,

solidariti saling membantu.

 

Tanam sempaya merata-rata,

pohon bidara makin ditambah;

seri cahaya wajah jelita,

bertemu mesra indah mahabah.

 

Rumpun keladi sisi halia,

jalar kelisa perdu kuini;

mengenang budi sifat mulia,

budaya bangsa hiidup madani.

 

Berganti alaf sudahlah jelas,

masa beredar leka terlelap;;

memohon maaf biarlah ikhlas,

telah tersedar berbuat silap.

 

Mekar semalu sisi keladi,

merah warnanya teringin ramu;

jika selalu menanam budi,

rimbun pohonnya redup susahmu.

 

Dalam graha emas berpeti,

bagai bermimpi bertemu harta;

daya usaha sepenuh hati,

tercapai impi menjadi nyata.

 

Letak di situ bunga melati,

berikan sanya kuntuman sena;

mengalir waktu tiada henti,

manfaatkannya agar bermakna.

 

 

Bersusun peti dalam cunia,

berjenis-jenis gulungan satin;

solidariti satu dunia,

hukum Zionis,  bantu Palestin.

 

Tempawan kira ruat ketara,

satu terpisah kasai terserlah;

belanjawan negara rakyat gembira,

bantu yang susah usai masalah.

 

Hidang juadah di tengah rumah,

mangkuk serawa dibawa dara;

susunan madah penuh berhikmah,

penawar jiwa merawat lara,

 

Terbang melayang ke pohon jati,

burung belibis hinggap selesa;

melimpah sayang di dalam hati,

tercurah habis semua rasa.

 

Di dalam rawa galak kelisa,

berudu jemu kecindan sulam;

di dalam jiwa bergolak rasa,

rindu padamu siang dan malam.

 

Rumpun jelatang ada di sana,

kalaulah lalu langkah menyisi;

bukanlah matang kerana warna,

rasa dahulu pasti serasi.

 

Ketika malam mana gerangan,

mungkin ke hutan terbang kedasih;

selawat salam rasul junjungan

iring sambutan kalimat kasih.

 

Kutip meranti jual di pekan,

membeli takar juga cerana

berhati-hati ambil tindakan,

walaupun sukar jaya sempurna.

 

Di dalam kolong berenang patin,

rumpai selirat arahnya salah

tolong menolong tanda prihatin,

mengambil berat ringan masalah.

 

Hari selasa suri jelita,

masak serabai sarapan pagi

seiring masa mencapai cita,,

andai terabai amatlah rugi.

 

Longan dan  ranti menyerlah kudup,

reba perdunya rakan melangkah;

tunangan mati adalah hidup,

tiba masanya akan bernikah.


1 comment:

  1. semoga kemenangan berpihak kpd Palestin! kita tetap kekalkan berdoa utk kemenangan mereka

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist