ASSALAMUALAIKUM
PUISI PALINDROM
Istilah bahasa Melayu mentakrifkan istilah sasar palindrom dari istilah sumber bahasa Inggeris palindromesebagai perkataan, ayat atau baris puisi yang apabila dibaca dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri akan berbunyi sama. Sebuah polindrom juga boleh dibaca dari atas ke bawah, dan dari bawah ke atas.
Puisi palindrom sesuai untuk pemuisi yang minat menulis sajak-sajak pendek (sekitar lapan baris).
Palindrome adalah kata pinjaman dari bahasa Yunani Palindromos yang bermaksud pengulangan. Istilah tersebut gabungan dari kata palinbermaksud ulang/semula, dan dromos bermaksud selari.
Antara beberapa jenis palindrom seperti “palindrom kata” (word polindrome) – kayak, “palindrom nombor” (numerical polindrome) – 02/02/2020, "palindrom cermin" (mirror palindrome), “palindrom terbalik” (reversed polindrome) – desserts / stressed, dan “palindrom ayat” (sentence polindrome) – “Do geese see God?”
PERATURAN PENULISAN PALINDROM
- Pilih tajuk sesuai karya boleh dibaca ulang-alik
- Sila hantar rangkap asal sahaja (tanpa bayangan)
- Minima setiap rangkap lapan ( baris
- Maksima setiap rangkap sepuluh (11) baris
- Seeloknya bentuk sajak menirus ke atas atau ke bawah
- Isi sajak boleh dibaca dari kiri ke kanan dan sebaliknya
- Atau isi sajak boleh dibaca atas ke bawah dan sebaliknya
- Bentuk *cermin atau *terbalik akan ditetapkan oleh admin
- Bentuk palindrom tertakluk kepada isi kandungan sajak
-----
CONTOH
[01] Palindrom Huruf:
-----
Marah
sinis ada salam
tamat
sinis ada salam
tamat
Haram
malas ada sinis
tamat
malas ada sinis
tamat
[02] Palindrom Terbalik
-----
Kunantikan sudah lama
kekasihku kini
tiba sudah
di ribaan
rindu
kekasihku kini
tiba sudah
di ribaan
rindu
Rindu
di ribaan
sudah tiba
kini kekasihku
lama sudah kunantikan
di ribaan
sudah tiba
kini kekasihku
lama sudah kunantikan
[03] Palindrom Nombor
-----
0202
2020
(C) SIFU TABIR ALAM
teringat masa buat TESL di UM dulu, ada lecturer ajar cara nak menulis Palindrome ni. Tapi skrg dah lupa la pulak. huhuhu
ReplyDeletewah terbaik cikgu dah tahu puisi palindrom kak baru nk belajar tksh cikgu
Delete