ASSALAMUALAIKUM
KE JEPUN
Mayasari menyertai beberapa kawan-kawannya dipilih Kementerian Pendidikan Malaysia mengikuti kursus pendidikan JICA, Tksuba selama dua minggu...semoga anakanda PI ini menyelesaikan tugasan berapa kursus intensif dengan jayanya amiin YRBA.
ASSALAMUALAIKUM
Dalam grup whatsapp seorang sahabatnya saudara Zulkifli Jaafar ialah mantan pengarah muzium Kedah. PI seorang yang berminat dengan sejarah cubalah meminta sahabat yang pro dalam bidangnya berkongsi sedikit cerita berkenaan penemuannya di tapak arkeologi LEMBAH BUJANG MERBOK. Lebih tepatnya di SG.BATU. Seorang jiran PI juga kaum kerabatnya tinggal di sini. Tidaklah jauh dari kampung asal PI di Yan.
Catatan sdr Zulkifli Jaafar(c)
Sungai Batu merupakan salah satu di antara lebih 100 tapak arkeologi yg ditemui di lembah Bujang yg dilaporkan ditemui sejak 1840 yang membuktikan lembah Bujang sebagai entrepot yg menghubungkan 3 tamadun awal manusia dari China , India dan Arab yg datang berkumpul untuk bertukar komoditi yg dihasilkan oleh mereka dan produk komoditi dari kepulauan Melayu sejak SM 300 .
Laporan penemuan tapak sungai Batu telah direkodkan sejak 1930an dan kerja ekskavasi secara intensif telah dijalankan oleh USM sejak 2004 hingga kini.
Antara penemuan utama adalah sisa structure binaan Hindu dan struktur binaan yg digunakan sebagai tempat proses peleburan besi bertarikh kurun ke 8 masehi.
Bukti arkeologi ini membuktikan bahawa Kuala sungai Batu merupakan satu-satu pengkalan yg di gunakan Oleh pelebur besi dari India untuk meleburkan bijih besi yg Banyak terdapat di sekitar Sg Batu untuk dijadikan tampang besi sebelum dibawa ke India
ASSALAMUALAIKUM
ALHAMDULILLAH KARYA PI SAJAK TANAH ANBIA DISIARKAN AKHBAR MEDIA PERMATA BRUNEI DARUSSALAM HARI INI 20 NOV 023....TERIMA KASIH BANYAK KESUDIAN EDITOR MEMILIHNYA.
TERIMA KASIH BANYAK TN HJ, BIDIN DAN CIKGU NOORHAMY SAHABAT ESASTERA DI BRUNEI MENYAMPAIKAN KHABAR BAHAGIA.
TANAH ANBIA
Bumi rahmah-Nya melimpah
langit menaungi makam anbia
syuhada gugur bersilih
demi masjid al-Aqsa
jiwa raga berjasa
Palestin sarat sejarah
pejuang bertumpah darah
Zionis angkuh angkara
watan warga asal ceroboh
zalim mendurja dera
catur tipu muslihat
sisih akal sihat
Bukan lagi insan
hilang sudah ihsan
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
13/11/023
ReplyForward |