Tuesday, 28 February 2023

La gourmet®️ Hydration Bottle Giveaway by anies

 ASSALAMUALAIKUM


JOM JOIN GA ANIES NI CARANYA:



1) FOLLOW BLOG INI. insya Allah anies akan follow back.

2) GA INI TERBUKA KEPADA MALAYSIAN BLOGGER ONLY
(minta maaf banyak-banyak kepada non-Malaysian blogger kerana buat terma & syarat ini. tapi jangan risau. insya Allah akan datang ada rezeki, anies buat GA lagi tanpa T&C sebegini.)

3)BUAT SATU ENTRY BERTAJUK: La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by anies.

4) MASUKKAN BANNER DI ATAS DALAM ENTRY ANDA & BACK LINK KE BLOG INI.

5)TAG 3 rakan blogger pilihan anda.

6)SERTAKAN LINK ENTRY DI RUANGAN KOMEN DI BAWAH SEBAGAI BUKTI PENYERTAAN.

7)TARIKH & MASA TAMAT GA: 28 FEBRUARI 2023 @ 11.59PM.

8) PENYERTAAN YANG TIDAK MEMENUHI T&C INI, AKAN DIBATALKAN.

9) Sebarang pertanyaan berkait GA ini, sila WA anies di SINI .

10) Pemenang akan diumumkan pada 8 MAC 2023 .


HADIAH :

Utama : 1x 1 liter La gourmet® hydration bottle X 1x pemenang

Saguhati : 3x 500 ml La gourmet® hydration bottle X 3x pemenang


that's all. good luck everyone!

PI tag 
Syazni Rahim
Norhidana Miswan
Warisan Petani

Saturday, 25 February 2023

SELEKSI PANTUN KAMI

 ASSALAMUALAIKUM

JOM CUBA2 BERPANTUN @KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA...MANATAHU ADA REZEKI INSYA-ALLAH.



PANTUN PERPADUAN
Asih pelita kelam bercanda,
sendiri dara sembari mamai;
sisih sengketa faham berbeda,
demi negara lestari damai.
Menghimpun pakma penuhkan raga,
sela berangan sisihkan pauh;
rukun bersama santunan warga,
beza pegangan pinggirkan jauh
Jelas ketara si anak merbah,
bunga raflesia pagut berhati;
berkasih mesra jalin muhibah,
warga Malaysia mulia pekerti.
Mekar akasia celahan kekwa,
telah bersemi kala telusur;
bangsa Malaysia sehati sejiwa,
saling memahami bertolak-ansur.

Thursday, 23 February 2023

GURINDAM SUKMA JIWA

 ASSALAMUALAIKUM

Lima naskhah antologi terbaru terbitan Persatuan Penulis Johor 023 telah selamat kepenerimaan kakpidah. Alhamdulillah! Terima kasih banyak PPJ. Sebuah puisi gurindam kakpidah terselit dalam antologI GURINDAM SUKMA JIWA. Seramai 104 penulis dari seluruh Malaysia turut berkarya puisi tradisi pelbagai tajuk dalam antologi ini. Terharu sekali penyelenggara Cikgu Nazim Mohd Subari dan Mohd Rosli Bakir sudi memilih karya kakpidah gurindam KALAU BICARA untuk diterbitkan dalam antologi ini. Tahniah semua penukil karya. Hasilan gurindam yang disiarkan dalam antologi ini dengan pilihan judul berunsur nasihat bermakna dengan diksi indah berima. Tidak jemu disusuri baca hingga usai sebagai terapi jiwa murni.
TAHNIAH PPJ, penyelenggara yang komited berusaha dan semua pemuisi terlibat. Anlian pengkarya
hebat
terbaik.
Sekiranya ingin miliki buku setebal 133 muka surat dengan kulit dan isinya yang cantik segera pm Cikgu Nazim Mohd Subari@FACEBOOK
Pic Yahti Hayati (c)



Monday, 20 February 2023

SAHABAT PENA

 ASSALAMUALAIKUM


 

SAHABAT PENA

 


Sahabat pena zaman dahulu

cari kawan dalam surat khabar

pilihan wajah kacak selalu

balasan surat menunggu sabar

.

Terlalu ramai sahabat pena

warkah dikirim salah alamat

sudahnya malang nasib terkena

marah sahabat riuhnya gamat

.

Hanya sahabat bukan kekasih

anggapan pula berlain makna

mudah tindakan asih menyisih

makin dilayan mungkin merana

.

Era kini kawan alam maya

elak setuju dengan melulu

walapun lagak segak bergaya

kadang penipu tiada malu

.

Lebih  bersikap berhati-hati

simpan dulu permintaan teman

biar sahaja ternanti-nanti

saring dahulu penular kuman


Saturday, 18 February 2023

SALAM ISRAK MIKRAJ

 ASSALAMUALAIKUM


ISRAK MIKRAJ


 


Penghujung Rejab  rasul pilihan

bersama Jibril menunggang buraq

terbang di langit arah jauhan

.

Dari Baitullah bermula israk

ke Baitulmukaddis detak masa

sepantas kilat walau berjarak

.

Nabi solat di Masjidil-Aqsa

petala langit sinar gemintang

mikraj mengadap Allah Yang Esa

.

 

Cakerawala luas terbentang

kursi tertinggi Sidratul Muntaha

perintah solat akur menatang

.

Nabi Muhammad daya usaha

demi umatnya rela berkorban

sujud beriman segala maha

.

Israk mikraj perjalanan malam

kembara Rasul ke puncak alam


Friday, 17 February 2023

MAJLIS KONVO

ASSALAMUALAIKUM 

SALAM JUMAAT MULIA 

Cuti sekolah telah bermula ...sebelum itu pelbagai majlis diadakan di sekolah...ada majlis murid tahun 6 yang akan berpindah ke sekolah menengah dan di sekolah menengah pula ada majlis konvo pelajar tingkatan lima yang akan meninggal sekolah ke IPT atau meneroka bidang kerjaya.

Ariff berpeluang berkonvo di sekolah kebangsaan Intan Baiduri  Selayang.



ARIF DIPILIH TOKOH KO-KORIKOLUM TAHNIAH







Abqori pun dapat hadiah kejayaannya






Wednesday, 15 February 2023

HANDAI TAULAN

 ASSALAMUALAIKUM



HANDAI TAULAN

 

Kawan-kawan

hibur rawan

alam maya

riang ria

.

Tegur sapa

manis rupa

 belum pasti

apa erti

.

Jujur ikhlas

raut jelas

buruk sangka

kadang reka

.

Hulur salam

tulis kalam

sembang-sembang

topik rambang


Thursday, 9 February 2023

BELASUNGKAWA PAK ENGKU

 ASSALAMUALAIKUM

PE salah seorang penulis SPTA merupakan antara seorang sahabat baik PI...beliau seringkali membantu PI dalam berkarya. Dalam blog karyaku PI sediakan ruang yang memaparkan pantun karyanya dan manuskrip lama coretan ayahandanya...budi baiknya sentiasa dalam kenangan abadi...semalam PE telah menghembuskan nafas terakhirnya di hospital Seremban NS. PI amat berdukacita kehilangan seorang sahabat maya walau tidak pernah bersua. Hanya doa mampu dititipkan semoga PE diampuni dosanya, bahgia sejahtera di sana bersama para solehin di sisi-Nya amiin




KAMARUZZAMAN BIN OSMAN
(BELASUNGKAWA SAHABATKU PAK ENGKU AL-FATIHAH)

K-ehadiran Pak Engku pencetus idea
A-kademi SPTA graha sastera
M-enjalin erat ukhuwah penulis maya
A-ntara persona menyantun karya
R-aut rupa soleh beriman
U-sianya tersurat sejak azali
Z-uhud insan budi mulia
Z-ahir ketara baik pekerti
A-sal dari Negeri Sembilan
M-inat pelbagai cabang seni
A-mat suka mengarang pantun
N-an indah pembayang bermaksud
B-ekas guru bahasa Inggeris
I-mpi ingin terbitkan manuskrip
N-an lama riwayat ayahandanya
O-bor kehidupan telah pun padam
S-emoga tiasa dicucuri rahmat-Nya
M-endoakan kesejahteraannya tiasa
A-mal solehnya menghapus dosa
N-ur menerangi jalan ke syurga

Monday, 6 February 2023

TUK SUJI BILANG

 ASSALAMUALAIKUM





 

Antologi Tuk Suji Bilang terbitan Perpustakaan Negeri Pahang selenggaraan penyair Roslan Madun menghimpunkan karya syair penulis Malaysia antaranya SN Dato Zurinah Hassan, Norlaila Ghafar, Sujata Wee, CT Nurza dan beberapa orang lagi penulis mapan telah sampai ke perpustakaan Leneiken, Moscow, Rusia  dibawa sasterawan Dr Victor Pogadaev.

Karyaku  ‘Syair Pahang’ turut juga disertakan penyelenggara sasterawan Roslan Madun dalam antologi ini. Syairku mengisahkan keindahan negeri Pahang dari Bentong hingga Telok Chempedak di mana keindahannya termasyhur diketahui ramai

salji berintik –

syair Tuk Suji Bilang

pustaka Moscow


Saturday, 4 February 2023

TAMAN MELINIUM

 ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU JOM JALAN2 KE TAMAN MILENIUM KUALA KUBU BHARU...CANTIK TEMPATNYA SESUAI BERIADAH SANTAI.










Friday, 3 February 2023

JEM RAMBUTAN

 ASSALAMUALAIKUM



JEM RAMBUTAN MASAM


Rambutan  masam/telan biasanya tidak dipedulikan kerana rasanya yang masam sedikit, tidak longkah dan buahnya agak kecil daripada rambutan yang lekang.

Hanya  menjadi santapan burung-burung, tupai, keluang, monyet dll mergastua. .
Tapi rambutan jenis ni dibuat jem memang sedap.

Cara hendak membuatnya mudah saja.

Cuma buang kulitnya dan masukan dalam peruk.. Panaskan  dengan api perlahan sambil mengacaunya. biji rambutan akan tertanggal daripada isinya dan bolehlah dikeluarkan daripada periuk.

Kemudian masukan gula ikut keperluannya. Kalau banyak gulanya tahannya lebih lama. Gula kan pengawet makanan tapi jangan berlebihan.

Dikacau  sehingga agak kering dan warnanya keperangan.  Resepi tradisi ini diwarisi sejak turun-temurun lagi.

Dan bolehlah dimakan bersama roti atau biskut. Rasanya sedap. Pada aku lebih sedap daripada jem yang dibeli di kedai. Aku suka juga membuat jem rambutan masam ini. Di belakang rumahku banyakku tanam pokok rambutan pelbagai jenis yang terpilih. Entah macam mana rambutan masam ini terselit antaranya. Kala musimnya berbuah kelihatan meriah dusun kecilku berwarna merah dan kuning.

 

rambutan masam -

resepi jem tradisi

ganding santapan 

Thursday, 2 February 2023

DARI SUNGAI BESAR, SELANGOR KE MELAKA

 ASSALAMUALAIKUM



DARI SUNGAI BESAR, SELANGOR KE MELAKA

 

Suatu  hari ke Sungai Besar

dari Serendah tidaklah jauh

arah menghala tidak tersasar

sepanjang jalan merendang pauh

.

Menguning padi di tengah sawah

terhampar luas saujana pandang

di langit biru melayang sewah

indah sekali damai terundang

.

Sampailah sudah tempat tujuan

di Parit Dua makan kenduri

majlis meriah jadi tumpuan

usai segala beransur diri

 

Tuju Melaka dirancang awal

sebelum petang menjelang senja

tiba di hotel ada pengawal

ronda sekitar sungguh teruja

.

Esok pagi ke Parit Melana

restoran tular pun dikunjungi

sedia air herba bejana

pelbagai jenis ruap mewangi

 


Wednesday, 1 February 2023

MAIN-MAIN WARNA LAGI

 ASSALAMUALAIKUM


MAIN-MAIN WARNA LAGI SESUKA HATI SAMBIL2 BERKARYA