Friday, 14 October 2022

MENGUNDI

 ASSALAMUALAIKUM



MENGUNDI

Pagi itu hujan turun gerimis. Aku tidak dapat turun berkebun seperti selalu. Sebuah kereta berhenti di hadapan rumahku. Jiranku yang berada di dalam kereta itu, melaung mengajakku ke tempat pengundian calon pilihan raya yang bertanding  PRU12  berlangsung pada hari itu, 8 Mac 2008.

Sebenarnya aku tidak berhajat pergi mengundi kerana tidak mahu menyusahkan petugas di pusat pengundian itu terpaksa menolak kerusi rodaku untuk menyelesaikan segala urusan di sana. Aku kan orang kurang upaya. Tapi jiranku mendesak juga aku menaiki keretanya pergi mengundi. Maklum jiranku itu seorang peraih undi parti kerajaan dulu. Serba-salah pula aku hendak tentukan keputusannya.

 

hujan gerimis –

peraih undi calon

timbang pemutus


5 comments:

  1. Marilah mari....kita mengundi.. :)

    ReplyDelete
  2. Jangan risau kak PI, ramai petugas yang membantu orang ramai laksanakan tanggungjawab

    ReplyDelete
  3. satu undi itu amat berharga sbg penentu kalah menang calon pilihanray ituuuu., huhuhu

    ReplyDelete
  4. thn ni rs nervous pula nak mengundi pd hal bkn 1st time hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist