ASSALAMUALAIKUM
HUJAN OH HUJAN
.
Engkau kan turun darilah langit
orang politik polemik sengit
.
Diskusi hampir setiap minggu
kata pemutus tertunggu-tunggu
.
Menganggap mudah dengan alasan
hujan yang turun tak beri kesan
.
Bubar parlimen pilihanraya
rakyat mengundi bermimpi jaya
.
Tetapi rakyat semakin jemu
memangkah calon bijak berilmu
.
Mujurlah hujan turun bermusim
menyapu bersih pesona isim
.
Kerana hujan tangguh rencana
rezeki Allah tidak ke mana
.
Biarlah lambat asal selamat
esok kan ada belum kiamat
PARIDAH ISHAK
DMS
10/10/022
Bubar sudah parlimen, terjawab segala persoalan
ReplyDeleteHari ni sepanjang hari hujan. Seronok tidur.. hihi
ReplyDeletementeri zaman sekarang otak nya mungkin dah makin kurang, fikirannya cuma untuk menang tanpa pikirkan susah senang rakyatnya
ReplyDeleteSemoga hujan yang turun membawa rahmat kepada kita
ReplyDeleteteringat lagu: hujan yang turun bagaikan mutiaraaaa
ReplyDelete