ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU
PENGUNDI HANTU
.
Pengundi itu datangnya awal
tempat mengundi polis mengawal
ikut giliran
seperti saran
semak dahulu namanya Syawal
.
Lalu membelek senarai nama
nama isteri ada bersama
sungguh terkejut
bagai dirajut
merenung bingung termenung lama
.
Pada pegawai dia bertanya
sudahkah datang hai isterinya?
membuang undi
jawabnya tadi
terlopong dia memikirkannya
.
Isterinya dah lama tiada
rindu sekali teman bersenda
kerana lambat
hilang kelibat
sesalnya pula berganda-ganda
Macam-macam cerita di musim pilihanraya ye Kak PI.
ReplyDeleteheh heh yala amie boleh dijadikan bahan berkarya..tq
Deleteharap harap tak wujudlah pengundi hantu di zaman serba moden ni
ReplyDeleteinsya-Allah yan kena semak daftar pengundi tu
Deletenmpknye wak kene undi kat indonn la kali ni., huhuhu
ReplyDeleteoh ok juga undi pos kan wak terima kasih
DeleteTerhibur cheq membaca coretan KakPI 😆👍🏻
ReplyDeleteSemoga PRU kali ni tak ada pengundi hantu 😬
sy penah jumpa pengundi hantu. dia ckp dia mengundi kat situ. tapi dari loghatnya bukan org tempatan. bunyi mcm dari sabah/ indo
ReplyDelete