Wednesday 19 October 2022

ANTARA 2 SPEKTRUM

 ASSALAMUALAIKUM


Lima naskhah antologi terbaru terbitan NurimasSN Enterprise 022 telah selamat kepenerimaan PI kiriman along Nurimas SN. Siap dengan hadiah badge lagi. Alhamdulillah! Terima kasih banyak along. Sebuah cerpen PI terselit dalam antologi cerpen ANTARA 2 SPEKTRUM.

Seramai 33 penulis AKADEMI SANGGAR NURIMAS turut berkarya cerpen pelbagai tajuk dalam antologi ini. Terharu sekali penyelenggara NURIMAS SN dan HANNA SOPHIA HANAFI sudi memilih karya PI cerpen KALUT SYAWAL ENDEMIK untuk diterbitkan dalam antologi ini.

Tahniah semua penukil karya. Hasilan cerpen yang disiarkan dalam antologi ini dengan pilihan judul selari tema amat menarik perkisahannya. Tidak jemu disusuri baca hingga usai.

TAHNIAH along NURIMAS SN dan SEMUA PENUKIL cerpen Akademi Sanggar Nurimas. Anlian penulis hebat terbaik.
Sekiranya ingin miliki buku dengan kulit dan isinya yang cantik segera pm Nurimas Sn@FACEBOOK



4 comments:

  1. Saya sudahpun menghantar 2 nukilan puisi saya untuk diterbitkan tidak lama lagi. Ada 50 penukil dalam sebuah buku.

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak PI. Harap antologi ni mendapat sambutan

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist