ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
PELAYARAN
Buyung dikilik menjengah hutan,
meranah rotan menunggal pauh,
angin melaju galau andaian,
patah angsana abung terlambak,
bersilang alan mentalon tumbang;
berdayung kolek tengah lautan
tanah daratan tertinggal jauh
ingin menuju pulau impian
disongsong angin arah tersasar
entah kemana dilambung ombak
hilang ditelan alun gelombang
ini pantun 12 kerat ke Kak PI? indah bahasanya...ombak besar mmg bahaya utk perahu2 kecil..
ReplyDeleteya pantun talibun 12 kerat...tksh nohas ya nak belayar di lautan kena naik kapal besar heh heh
Delete