Thursday 1 September 2022

DIRGAHAYU MALAYSIA TERCINTA

 ASSALAMUALAIKUM






DIRGAHAYU MALAYSIA TERCINTA
SANAH HELWAH SAHABAT GRAHA
PROF HJH SALMAH AMIR
.
Tunku Abdul Rahman melaungkan
Merdeka! berulang tujuh kali
bonda Zainab bertarung lahirkan
sebak berhiba bersela-seli
.
Puteri kecil manis rupawan
bagaikan takdir lakar sejarah
malam Merdeka tangis merawan
alam dunia tertentu arah
.
Anak Merdeka pasak negara
bonda mengasuh membelai sayang
kasihnya ayah tiada tara
lestari hidup cekal berjuang
.
Pegawai polis khidmatnya jujur
pastikan watan tiasa aman
dewasa anak niat dianjur
sifat mulia insan beriman
.
Sanah helwah Salmah binti Amir
jururawat bergelaran doktor
ilmu dijulang gemilang takmir
iring Merdeka hayat diatur

PARIDAH ISHAK
DMS
31/08/022

8 comments:

  1. lahir 31 Ogos..anak merdeka..

    ReplyDelete
  2. Salam kemerdekaan kak. Sesiapa yang lahir bersamaan tarikh kemerdekaan negara tentu lainkan kak auranya.

    ReplyDelete
  3. salam merdeka cikkak Pah dari wak diseberang ye., ;p

    ReplyDelete
  4. Salam kemerdekaan dan perpaduan kak

    ReplyDelete
  5. di sek sy masih dlm fasa bln kemerdekaan sehingga 15 Sept.

    ReplyDelete
  6. Sekejap aje dah hampir seminggu berlalu, sambutan kemerdekaan masih terasa meriahnya

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist