Thursday 15 September 2022

SELAMAT HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2022

 ASSALAMUALAIKUM



DEMI NEGARA
.
Lukis di laman buahan hutan,
sisih tualang jatuh di rawa;
tangkis ancaman pertahan watan,
berputih tulang pertaruh nyawa.
.
Tami di para gangsa berbatu,
beling di pintu asih ke payang;
demi negara bangsa bersatu,
saling membantu berkasih sayang.
.
Serangguh lama kanan sekedup,
situ beradu hingga terjaga;
teguh bersama santunan hidup,
bersatu padu semua warga.
.
Kuah disisih tergesa teman,
petani mamai baki tertumpah;
ukhuwah kasih kebersamaan,
harmoni damai rezeki limpah.
.
Tanam markisa ubah delima,
lesa terleka bersilang pohon;
enam dasawarsa tambah lima,
nusa merdeka berbilang tahun.

6 comments:

  1. Selamat hari Malaysia, Kak PI...cuti pjg 3 hari..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Malaysia Kak PI. Moga negara kita terus aman makmur.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari Malaysia PI
    Jaman2 kita sekolah dahulu tiada lagi sambutan atau cuti hari Malaysia ni

    ReplyDelete
  4. Selamat hari Malaysia kak PI. Semoga kemakmuran dan kemerdekaan kekal bersama kita

    ReplyDelete
  5. x best sbb hari malaysia jatuh pd jumaat jd cuti x boleh carry fwd...

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Malaysia buat Kak Paridah sekeluarga

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist