Tuesday, 19 April 2022

PEMUISI

 ASSALAMUALAIKUM


PEMUISI DAN PEMUISI

 



PEMUISI adalah sebuah persatuan penyair diterajui Dato Radzuan Ibrahim seorang peguam dan penulis mapan, sasterawan aktif dalam arena sastera tanah air.  Tokoh korporat, Tan Sri Dr. Hamad Kama Piah menaungi persatuan ini. Ramai penulis menganggotai persatuan ini. Antaranya Zaleena Ena selaku editor majalah terbitan PEMUISI, Adhyra  AzZahra, Asmira Suhadis, Yuszailan Yunus, Has Yusuf, Norazimah Abu Bakar dll. Kebanyakannya penulis terkenal dan sekian lama bergiat dalam bidang sastera.

            Bagaimana pula aku yang bukan siapa-siapa boleh berada dalam kalangan penulis elit ini. Tiba-tiba saja heh..heh. Sebenarnya semata ehsan penulis Puan Norazimah @GAPENA yang turut menyenaraikan namaku antara penerima zakat asnaf Ramadan 2018 dan 2019. Alhamdulillah rezekiku di situ. Terima kasih banyak Puan Norazimah dan PEMUISI atas budi kesudian berzakat asnaf pemuisi kepadaku dan sahabat pemuisi berkenaan.

            Sejak C19 merajalela mulai 2020 di sini, tiada lagi majlis penyampaian zakat asnaf PEMUISI kepada pemuisi sempena Ramadan. Kalau tidak di dalam majlis inilah aku berpeluang bertemu penulis ternama yang tidak pernah kutemui dan kenali sebelum ini. Sayangnya bertemu berpisah pula. Masa menyurat suratan-Nya. Asmira Suhadis penulis lakon layar TV dan filem terkenal kembali kepada-Nya. Langkahnya dituruti penulis mapan Has Yusof. Dan beberapa hari lalu Yuszailan Yunus seorang pemuzik juga penulis hebat ke alam abadi akibat  serangan C19. Innalillahiwainna ilaihirojiun. Al-fatehah. Amat dukacita kehilangan sahabat pemuisi walau bersua seketika menyapa pandang.

            Kalongan doa dikarang semoga semua sahabat yang melangkah dahulu ke sana berada di sisi-Nya nyaman sejahtera berbahagia amiin YRBA


6 comments:

  1. Al-fatihah buat mereka. harap Covid segera hilang agar kak PI boleh jumpa lagi rakan-rakan penulis

    ReplyDelete
  2. إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ,

    ReplyDelete
  3. Innalillahhiwainnailaihirojiun.

    InSyaAlah sedikit masa lagi dah boleh adakan majlis semula

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnailaihirojiun... Semoga roh mereka dicucuri rahmat Ilahi.

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah untuk mereka yang telah kembali kepada-Nya.

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah buat mereka yang telah mendahului kita

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist