Wednesday, 13 April 2022

BERGERISEK ADA TAPI TIADA

 ASSALAMUALAIKUM



PERIBAHASA
.
Sejambak bayam, mumbang setalam,
kerisik nenda beri adinda,
lelah merata jeda di panti;
bak ayam hitam terbang malam;
bergerisek ada tapi tiada,
salah ternyata tiada bukti
.
Hilir ke Tenom lama berhari,
mencari akan desa manikam,
manetap cuba redih bidara;
air diminum terasa duri
nasi dimakan terasa sekam
meratap hiba sedih melara.
.
Dia di titi cemas bersunyi,
pualam paut rapat siaga,
kelam bererti diterpa mahu;
rahsia hati kemas sembunyi,
bak dalam laut dapat diduga,
dalam hati siapa tahu.


PARIDAH ISHAK
DMS
1304022

12 comments:

  1. Bergerisek tu apa kak PI heheehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BAHASA MELAYU KLASIK PERBAHASA KITA PUN XJUMPA MAKNANYA HEH HEH..

      Delete
  2. Tinggi bahasa Kak PI dalam post kali ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH SYAZ KAK OLAH SAMPIRAN SAJA MAKSUDNYA KATA ASAL PERIBAHASA KITA

      Delete
  3. Susah wak nak faham
    Lebel kayangan BM PI ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH WP KAK SUSUN JA BM KLASIK PERIBAHASA KITA YG INDAH

      Delete
  4. Suka patah kata pilihan kak PI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH PC BM KITA CANTIK DISUSUN PERIBAHASA

      Delete
  5. dalam hati Tuhan saja yang tahu

    ReplyDelete
  6. Bergerisek cheq tak tau, kerisik cheq tau 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH SURIN SIAP KERISIK NK MASAK GULAI N RENDANG RAYA

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist