Monday 24 January 2022

TSUNAMI LAZUARDI

 

ASSALAMUALAIKUM

 



Empat naskah antologi terbaru terbitan Akademi SPTA 022 telah selamat kepenerimaan PI kiriman Sifu Tabir Alam. Alhamdulillah! Terima  kasih banyak sifu. Tiga  puisi PI terselit dalam antologi LAZUARDI. Terharu sekali sifu sudi memilih karya PI saduka IMAN, seloka TERLUPA, teka teki APA ITU yang disiarkan di grup penulisan GRAHA untuk diterbitkan dalam antologi ini. Tahniah semua penukil karya. Dan TSUNAMI pula adalah antologi puisi tanka selenggaraan sifu TA. Semua penulis terlibat dibimbing sifu TA cara menukilnya dengan tepat dan indah susun diksi puisi tradisi asal dari Jepun ini. Tanka puisi  tiga stanza lima larik dibina dengan disiplin lima suku kata baris satu, tujuh suku kata baris dua, lima suku kata baris tiga, tujuh suku kata baris empat dan lima. Tajuk tanka PI dalam antologi comel ini; ENDEMIK, SAMPAN. KAIN, IKAN.

Sifu TA membimbing kakpidah dan semua penukil terlibat agar puisi yang dihasilkan berkualiti dan terbaik diterbitkan untuk menjadi khazanah negara. Tahniah sifu usahanya tiasa berterusan membimbing penggiat sastera  dan menerbitkan pula karya bercetak. Terima kasih banyak sifu menurunkan ilmu tanpa jemu kepada PI dan semua penulis SPTA…Tahniah juga semua sahabat terlibat

TAHNIAH SIFU dan SEMUA PENUKIL puisi Akademi SPTA

Sekiranya ingin miliki buku dengan kulit dan isinya yang cantik segera pm sifu TA@FACEBOOK.

6 comments:

  1. memang cantik cover bukunya. sesuai lah dengan himpunan puisi Jepun

    ReplyDelete
  2. Tahniah semua pengkarya yang sntiasa komited dalam lapangan penulisan. Semoga terus berkarya.

    ReplyDelete
  3. tahniah buat kak PI dan juga penulis lain

    ReplyDelete
  4. tahniahnyer kak paridah ishak.. 👍👍

    ReplyDelete
  5. Tahniah Pi dan semua pengkarya hebat

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist