Thursday 20 January 2022

JANJI ITU PASTI

 

ASSALAMUALAIKUM

 



Alhamdulillah semalam PI menerima kiriman dua buah antologi cerpen hadiah daripada blogger https://www.syaznirahim.com/

Syazni Rahim selain blogger, seorang penulis prolific dan proaktif menerbitkan karya pelbagai genre kini. Terima kasih banyak baik kesudian dan baik budi. tahniah usahanya...semoga terus sukses menghasilkan karya terbaik.

Antologi TITIPAN SUARA HATI selenggaraan Hasreeyati Ramli cerpen nukilan 24 penulis. Syaz Eym menyertakan cerpennya; PAPA ZAIN. Siapa Papa Zain? Menarik kisahnya.

JANJI ITU PASTI antologi cerpen kedua kiriman Syaz juga selenggaraan Novelis Hasreeyati Ramli. Gabungan karya 27 penulis cerpen dengan tajuk pilihan. DEWI,RUHIL, BRITNEY DAN KAMU! Tajuk cerpen Syaz dalam antologi ini. Wow tajuknya bukan main mengujakan untuk diselak baca. PI memang suka membaca cerpen Syaz lantaran mudah difahami dan maksud yang hendak disampaikan ketara. Terima kasih sekali lagi Syaz.

Semoga Syaz dalam lindungan Allah bersama family tercinta, murah rezeki, dipermudahkan Allah semua urusan dunia akhirat…amiin.

Sekiranya ingin miliki buku2 yang disebutkan jangan lupa hubungi Syazni Rahim ya…harganya mampu milik ja.   

8 comments:

  1. tahniah Kak PI..selamat membaca..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, sama-sama berkarya. kak PI dan Syaz.

    ReplyDelete
  3. selamat membaca kak PI. untuk Syaz teruskan berkarya ye

    ReplyDelete
  4. Dah sampai! Yeay! Terima kasih kak PI sebab selalu singgah di blog saya 😘

    ReplyDelete
  5. semakin ramai blogger yg jadi penulis novel. Tahniah kpd Syaz R juga... Kak PI layak jd mentor atau sifu skrg....

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah kak, Syaz pun seorang penulis yang berbakat sama macam kak PI :)

    ReplyDelete
  7. Tahniah Kak PI dapat hadiah buku. Selamat membaca.... membaca.... membaca dan terus menulis.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist