Sunday 17 October 2021

KHAZANAH SALOMA

 ASSALAMUALAIKUM



ULASAN BUKU

KHAZANAH Puan Sri Datin Amar SALOMA

Genre : Katalog

Penyelenggara :

Tabir Alam

Penulis : Abdullah Abd.Rahman/Tabir Alam

Penerbit : SPTA

Nombor ISBN : 9 789671 797884( Sastera Kehidupan)

Bilangan mukasurat : 106

Pengulas : Paridah Ishak

 

KHAZANAH Puan Sri Datin Amar SALOMA

 

Biduanita Saloma dinobatkan sebagai BIDUAN NEGARA pada 1978 justeru pencapaiannya sangat cemerlang dalam bidang kesenian membanggakan negara. Terutama nyanyian dan lakonan yang menyerlahkan bakatnya yang istimewa. Nama asalnya ialah Salmah Binti Ismail.

Saloma lahir di Singapura pada Selasa 22 January 1935. Dan bernikah dengan Seniman Negara, P. Ramlee pada 31 Oktober 1961. Sedikit kisah biduanita bersuara merdu, berparas jelita ini dicatat Penulis dalam buku ini.    

Penulis mendokumentasikan semua lagu nyanyian biduanita Saloma di dalam buku ini sepanjang penglibatannya dalam 106 muka surat. Sebanyak 330 tajuk lagu disenaraikan. Dan dicatatkan sekali irama muziknya pelbagai genre seperti Asli, Inang, Joget, Masri, Waltz, Bolero, Jazz, Twist, Shake, Paso Double, Bougine dll . Sekiranya  setiap lagu itu dinyanyikan dalam sesebuah filem, pencipta, penulis senikata dan syarikat rakaman yang menerbitkannya turut dicatatkan..

Mithalnya lagu ACHI-ACHI BUKA PINTU;

Lagu nyayian Saloma & P. Ramlee, iringan P.Ramlee Orchestra pimpinan P.Ramlee.SP Label EMI Parlophone catalog 45rpm DPE 8152 matrix  7XPEI 188, dirakam pada 1963. Lagu ciptaan P.Ramlee. senikata oleh S.Sudarmaji,dari filem Labu Dan Labi arahan P.Ramlee keluaran Malay Film Production Ltd 1962.

Lagu Achi Achi Buka Pintu nyanyian suara latar Saloma untuk watak M Zain dalam filem Labu Dan Labi.

Pelbagai sumber rujukan dikemukakan sebagai usaha Penulis mewajarkan semua fakta benar semata. Sungguh mengkagumkan sekali. Tahniah Penulis!

Catatan penulis melengkapkan semua lagu sejumlah 330 tajuk lagu yang tersenarai. Bukan sedikit lagu nyanyian Biduan Negara yang diwariskan kepada anak bangsa untuk dinikmati melampaui masanya. Bakat penyanyi juga seniwati ini amat istimewa dan kebanggaan negara. Sebagai penghargaan kepada BIDUAN NEGARA ini molek sangat kita miliki buku ini untuk rujukan sejarah ilmiah. Boleh hubungi penulisnya sifu Tabir Alam @facebook untuk membuat pesanan.


6 comments:

  1. Seniwati negara yang cantik manis

    ReplyDelete
  2. Bkn hanya bersuara merdu,manis org nya,fesyennya jugak jd ikutan..hehe baju kembang tangan.

    ReplyDelete
  3. Seniwati, primadona dan pelakon terkenal suara merdu..

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah untuk arwah. Memang permata negara yang tak ternilai

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist