Sunday 5 September 2021

KEBENCIANKU

 ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT BERHUJUNG  MINGGU DIDOAKAN SIHAT SEJAHTERA SELALU  SEMUANYA SAMBIL BERAKTIVITI YANG  DISENANGI..PI BIASALA MENULIS SELALU WALAU SIKIT2 SESUAI DAYA KEUPAYAAN DIRI....AWAL BULAN OGOS PI SERTAI BEBERAPA SAYEMBARA  PENULISAN ANJURAN ESASTERA GAKSA ASEAN..

ALHAMDULILLAH PI RAIH KEMENANGAN BERSAMA PENULIS CT NURZA DALAM SAYEMBARA CERTOT DENGAN TEMA APA YG DIBENCI .

TERIMA KASIH BANYAK PROF IRWAN ABU BAKAR DAN JURI SUDI MEMBERI HADIAH PADA KARYA PI YG SEADANYA SAJA....TAHNIAH CT NURZA DAN SEMUA PESERTA SAYEMBARA CERTOT GAKSA ESASTERA.



Certot

Oleh

Paridah Ishak

 

KEBENCIANKU

 

Kelemahanku merupakan kebencianku. Seolahnya aku membenci diriku sendiri. Sepatutnya aku menyayanginya sepenuh hati. Dan menghargai diri tanpa perlu dipertikaikan apa saja kelemahannya. Wajar  menerima apa saja kondisi diri seadanya. Bukan sama sekali membencinya.. Kehidupan  itu anugerah Allah terindah untuk hamba-hamba-Nya. Wajib mensyukurinya.

            Tapi semua kelemahan yang memenjarakan kecergasanku menjadikan aku pesimis dan hilang asa hidup. Segalanya berlaku ekoran tragedi kemalangan yang menimpaku suatu waktu dahulu. Lantaran itu aku kehilangan kebanggaan diri yang dimiliki. Tenaga  dan upaya diri sangat minima. Aku tidak lagi boleh menolong diriku sendiri. Apalagi bergerak ke mana hala menunaikan tujuanku. Benci! Benci! Kelemahanku menjadi masalah kepadaku. Juga keluargaku. Benci sungguh. Kemusykilan menyilarati minda kecilku.

Semua keperluanku terpaksa dibantu suami, ibu bapa, anak-anak, adik-adik dan akhirnya cucu-cucu juga. Masa pantas berlalu bersama kebencian yang tidak pernah pupus wujudnya dalam atmaku. Cucu-cucuku lahir dan membesar di samping nenda mereka yang hanya mampu memandang mereka dengan renungan kasih. Sejak mereka lahir mereka sudah kenali nenda mereka seorang bisu. Tapi sesekali lontaran suaraku walau tidak jelas sebutannya mampu mereka menafsirkan maknanya.

            Celoteh dan kerenah mereka membahagiakanku. Hatiku menjerit sakit kala melihat anak-cucuku sakit atau ditimpa malang kerana menyesali akan diriku yang tidak dapat membantu suatu apa. Aku amat terkilan kerana aku tidak mampu menjalankan tanggungjawabku sebagai ibu yang sempurna kepada anak-anak dan nenda kepada cucu-cucu yang mengharapkan aku melindungi mereka. Tapi menjadi sebaliknya pula. Mereka pula yang terpaksa menjaga maslahat dan kebajikan nenda mereka yang kurang upaya ini.

            Menyusahkan sesiapa saja adalah kebencianku. Namun hakikat yang tidak sama sekali kugemari melestarikan hayatku bersambung insya-Allah. Aku hanya reda mengikut arus takdir yang menolakku ke garis penamat ketentuan-Nya.

Aku suka berkebun. Tanaman yang tumbuh membuahkan hasil menggembirakanku. Aktiviti itu hanya tinggal kenangan. .Catatan  kenanganku tersimpan dalam diari. Kala menyelak membacanya aku diulit sedih. Aku benci untuk membaca lembar kenangan itu.

 


6 comments:

  1. Sedih pulak saya baca. Sabar ye kak PI. Saya percaya ahli keluarga kak PI tak pernah anggap kak PI beban dan menyayangi seadanya. Alhamdulillah kebencian itu kak PI dah tukar menjadi redha

    ReplyDelete
  2. Saya pasti kak PI lbh arif perasan org yg tak berdaya...namun jgn sesekali membenci ketentuan Ilahi...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Tahniah kak PI. Suka tahu setiap karya dan kejayaan kak PI.

    ReplyDelete
  4. Usah membenci kekurangan diri.. Allah SWT tahu puan kuat, Allah SWT tahu puan mampu menjalani kehidupan dengan tabah dan sabar..

    ReplyDelete
  5. Ya Allah..subahanallah..rezeki melimpah dengan karya

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Tahniah kak PI. Moga Allah permudahkan segala urusan kak PI

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist