ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
BELANGKAS
Pada sebelah pagi air laut
akan surut ke tengah. Meninggalkan persisiran pantai yang berselut lembut
sejauh pandang. Kebanyakan pantai di sebelah barat Semenanjung Malaysia begitu
keadaannya. Tapi ada juga pantai yang berpasir putih di sesetengah tempat.
Subhanallah Allah Maha Pencipta.
Menjelang tengah hari air
laut meluncurkan ombaknya memenuhi setiap ruang lapang. Tapi tidak melimpahi
muara sungai. Tika begini kalau aku teringin hendak makan telur belangkas,
akanku susuri tebing sungai mencarinya. Telur belangkas di dalam perutnya. Nak
ambil telurnya terpaksalah tangkap belangkas. Mudah saja menangkapnya. Tidak
perlu terjun ke dalam sungai.
Fokus perhati sisi sungai.
Biasanya akan kelihatan belangkas bergerak perlahan-lahan membawa anaknya atau
khunsa di belakangnya. Peganglah tombak di kepalanya. Aku pernah menangkap
belangkas penuh sekeranjang. Tapi nak buat apa belangkas begitu banyak. Setakat
aku sorang nak makan,seekor saja sudah mencukupi. Tapi seronok pula
menankapnya. Akhirnya dibuang semula ke dalam muara laut.
Belangkas biasanya akan
dibakar menggunakan api sabut. Rasa telurnya memang sedap. Hendak makan telur
belangkas berwarna kuning,bentuk bulat halus, terpaksa membakar belangkas
hidup-hidup. Zalimnya kan. Masa kini memang tak mahunya aku makan telur
belangkas. Kesian!...kalau zaman budak-budak dulu itulah kesukaanku
heh..heh.. .
Saya ni usahkan mkn belangkas,tengok rupanya pun tak pernah lg
ReplyDeletetak pernah lg makan telur belangkas..
ReplyDeleteDulu zaman PC kecik-kecik belangkas nelayan bagi percuma je besar-besar. Kalau jual pun seekor cuma 30 sen je. Sekarang seekor cecah belas ringgit. Ada yang jual puluh ringgit.
ReplyDeleteDah lama juga tak makan belangkas. Dulu² biasa makan juga. Sedap. Kena pandai potong juga, tak boleh potong sebarangan, ada bahagian yang tak boleh dimakan.
ReplyDeleteTajam ekornya kan..
ReplyDeleteanak belangkas dipanggil khunsa ya kak PI?
ReplyDeletetak pernah makan lagi belangkas atau telurnya... anak anak kata belangkas ni haiwan yg wujud sejak zaman purba...
ReplyDeletePengalaman menarik Kak PI. Seronok membesar berhampiran pantai. Walaupun tak boleh mandi, tapi boleh nikmati angin petang
ReplyDeleteKat Kampung d Pantai Timur Sabah mmg banyak belangkas ni.. senang je nak jumpa.. dia mcm sloth, tak laju bergerak. Saya tak makan walaupun kebanyakan sedara mara makan. Ada yang kata lagi sedap dari ketam.. entah la, selera orang kan lain2.
ReplyDeletewaduhhhh tetiba teringin telur belangkas bakar laa pulakkkkk
ReplyDelete