ASSALAMUALAIKUM
Selamat berhujung minggu. Kalau berada di
Selangor, KL, atau Putrajaya sudah boleh rentas negeri jalan-jalan bawa
keluarga lihat dunia indah sekitar sini. Rehatkan minda santai seketika setelah
sekian lama terkurung di rumah kan. Vaksinasi kebanyakannya tentu sudah lengkap
sebagai usaha kita menjaga afiat diri dan tidak lupa patuhi SOP demi
kesejahteraan nyawa.
PI biasa saja. Tak kemana-mana pun.
Lagipun rasa tak selesa menyusahkan anakcucu dengan keuzuran diri kalau tidak
terlalu terpaksa. Lebih selesa berada dalm bilik mengadap computer menaip atau
membaca.
Alhamdulillah banyak buku boleh dibaca walau
membaca dan menulis juga ada masalahnya lantaran OKU yang terperangkap dalam
sakit saraf. Tapi tetap diabaikan rasa ngilu mendurja diri. Keseronokan membaca
karya kawan2 dalam media social dan buku mengujakan.
Baru-baru ini PI beli duah buku karya
penulis mapan sdr.Mohd Kholid Hamzah terbaru iaitu KELEKATI PUN BERSAYAP dan CERITERA KUALA KUBU
ROAD. Harganya 20 RM saja sebuah. Tapi terkejut pabila menerima lima buah buku.
Beli dua dapat lima terbaik kan. Langsung tak rugi.
Novel karya penulis iaitu ASIK, kumpulan
cerpen AWAS AKU DISLEXSIA selenggaraan penulis terbitan alumni UNISEL dan novel
MENIMBA YANG JERNIH karya sasterawan Negara A Samad Ismail turut disertakan.
Alhamdulillah terima kasih banyak dik Kholid susah payah menghantar sendiri dan
meletakkannya dalam raga yang sengaja anak sediakan untuk mengisi setiap barang
kiriman yang sampai.
Tapi sayang PI terkilan tak dapat
bersua muka denga penulis hebat yang rajin berkarya dan sering terbitkan buku
baru ini. Amat prolific dan proaktif.
Karya beliau memang menarik minat dibaca higga usai setelah menyelak lembar
pertama.
Novel ASIK sangat mengasyikkan dibaca.
Beberapa watak dikemukakan mewakili pemikiran penulisnya yang berdailog santai tetapi
serius perbincangannya merangkumi sosio kehidupan yang didepani di beberapa
lokasi.
Leka kakpidah menelaah ASIK. Gelak
terguling-guling membaca gelagat selamba Asik. Asik watak perasa penting yang
menghiburkan. Kalau tak percaya baca petikan ini;
Aku perhati lama dah. Asik memancing memang
handal. Tapi bila dia dapat ikan 6 ekor dia pun balik. Memang pelik perangai
Orang Asli ni. Nak tanya, tahu aku dah…memang kena balik. Tak tanya macam mana
aku nak tulis novel fasal hidup Orang Asli.
“Apa fasal nak balik dah? Kan boleh pancing banyak lagi. Hari pun masih
awal.”
“Dah cukup 6 ekor, buat apa tangkap ikan
lagi?”
“Kenapa cukup 6 ekor? Kenapa tak tangkap 7
atau 10 ekor?”
“Saya makan satu ekor. Adik-adik saya 5
orang. Cukuplah makan seorang 1 ekor. Tangkap ikan banyak-banyak buat apa
encik, nanti tak habis.”
Saya garu kepala.
“Simpanlah.esok boleh makan.”
“Nak makan esok, esoklah pancing.kalau semua
tangkap hari ni,esok tak ada kerja!”
Ngeeng ..
Heh..heh..
Banyak lagi kisah Asik terselit antara
lembaran novel ASIK.
Akhir kata tahniah dik Kholid moga tiasa
sihat sejahtera bersama keluarga, murah rezeki dan terus sukses menghasilkan
karya sastera terbaik…amiin.
Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan ya
ReplyDeleteSaya pun tak ke mana-mana. Melayan anak-anak saudara yang datang berkunjung. Belum berani ke mall atau tempat awam. Selamat membaca kak PI. Logik jugak kisah memancing ikan tu
ReplyDeleteSaya pun lebih selesa duduk rumah membaca je kak PI
ReplyDeleteSaya pun sama kak..kalau tak terpaksa,mcm ke spital temujanji dgn doc..mmg tak kemana2..malas nk menyusahkan org lain..
ReplyDeleteWaalaikumusalam kak Faridah.
ReplyDeleteSetelah sekian tahun ni baru saya dapat komen di blog ini. Tidak dulu blh baca saja komen tak blh. Puas godek dan cari tapi tetap tak boleh.😁
Rajinnya PI membaca dan berkarya
ReplyDeleteWak doakan PI sentiasa tabah dan sihat dan dapat menghasilkan karya2 kreatif