Monday, 6 September 2021

DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN

 ASSALAMUALAIKUM



KISAH SEDIH
Ada sepasang suami isteri yang aku kenal rapat. Aku tidak faham akan cara kehidupan mereka walaupun aku sangat rapat dengan mereke sejak berpuluh puluh tahun yang lalu. Kami sudah seolah seperti satu keluarga.
Suaminya aku paggil Leh dan isteri pula aku panggil Ti.
Kedua mereka kelihatan sangat "alim" dan "warak". Leh orang bersongkok berserban dan berjubah. Janggutnya dan misai pun memenuhi wajahnya. Ti pula bertudung labuh orangnya mengaji dan mengajar orang membaca Al Quran serta orang kuat mesjid di bandar tempat mereka tinggal. Semua orang kenal mereka dan amat percaya dengan mereka sebab ketrampilan mereka seperti orang ulamak yang seolah tiada dosa.
Tapi bagi aku, bukan sahaja kenal di luar. Aku juga kenal bagaimana cara hidup mereka. Aku sering menghantar makanan dan berikan Ti wang belanja makan untuk hidup. Leh suaminya pula, bukan calang calang orang. Seorang yang terpelajar dan bersara gred 54. Pencennya besar. Gratituti yang diterima juga banyak. Leh membeli kereta tidak pernah hutang. Sekarang pun jika mengikut anak mereka duit abah dalam akaun simpanan sahaja boleh beli 2 buah kereta mercedez 250 E atau C. Belum masuk aset jongkong emas dan Amanah Saham Nasional,kata anaknya yang jaki juga dengan abahnya.
Walaupun mereka duduk serumah 2 tingkat 4 bilik tetapi tiada seorang pun yang tidur di dalam bilik. Kini Ti tidur di dalam bilik ke lima yang di sambung tanpa pelan di bahagian belakang dapur rumah 2 tingkat.
Semua bilik dan ruang tamu, ruang keluarga dipenuhi barang dan kotak kotak.
Meja makan pun yang untuk enam orang,hanya boleh duduk seorang. Semua kerusi ada barang dan di atas meja penuh barang. Dibahagian kerusi kosong sahaja ada ruang untuk letak makanan Leh dan tempat hanya dia seorang sahaja boleh duduk dan makan di tempat itu. Anak dan isteri, duduklah dimana mana jika hendak makan di ruang sempit.
Tapi yang aku pelik sekali, jika ada majlis perkahwinan keluarga dan sahabat atau anak jiran, mereka akan pergi bersama seperti pasangan warak yang bahagia. Orang ramai yang melihat pasangan Leh dan Ti, mereka sangat memuji kerana kononnya mereka orang alim dan bahagia.
Pelik kedua, dengan adik beradik pun bermusuh. Tiada ada beradik atau ipar yang boleh pergi rumah mereka kerana mereka tidak akan buka pintu walaupun digendang macam hendak roboh. Tiada keluarga mereka tahu bagaimana rupa dalam rumah pasangan Leh dan Ti.
Baru ni, aku dengar bahawa Ti kena pukul dan di hentak oleh Leh. Ini bukan kali pertama. Selaku kawan, aku tak boleh hendak tolong sebab, orang semua kata dia tiada masalah. Aku sahaja yang tengok mereka bermasaalah. Isterinya pula tidak mengizinkan aku bertindak bagi pihaknya kerana tidak mahu digelar janda. Jika balu dia terima. Isteri tidak mahu status janda.
Susahlah aku untuk menolongnya.
Aku hanya boleh simpati sahaja. Aku tidak mampu untuk empati terhadap mereka.
Kesian betul aku kenangkan nasib Ti, dan Leh. Mereka perlu dibantu tetapi mereka kata mereka tiada masalah.
Itulah kisah sedihku.
Allah sahaja yang boleh membantu mereka berdua.
haraslegend
2 September 2021
Cyberjaya

8 comments:

  1. penuh dengan kotak-kotak apa tu kak? kotak barang atau apa... aduh susah jugak kalau begitu ya kak...

    kalau dana biarlah jadi janda dari terseksa kene pukul kak oi...sebab kalau hidup untuk nampak bahagia dengan orang luar buat apa

    ReplyDelete
  2. Moga diberi taufik dan hidayah kepada mereka. Betul hanya Allah dapat membantu mereka. InshaAllah

    ReplyDelete
  3. Dulu2 ada ruangan DCCK kat akhbar Mingguan Malaysia
    Suka baca
    Biasanya kisah2 masalah rumah tangga macam ni lah

    ReplyDelete
  4. Luaran terkadang jauh beza dengan dalaman dan hakikat.

    ReplyDelete
  5. Asam garam kehidupan ada sedih gembira

    ReplyDelete
  6. Berselisih faham dalam berumahtangga itu biasa, tapi jika sudah sampai naik tangan, pukul memukul, itu luar biasa..

    ReplyDelete
  7. pelik nya..seolah macam kne kahwin paksa..lakonan sgt..pastu tak ambil tahu kenajikan anak isteri..kne tolong tu..at least isteri nya kne buka mulut dulu

    ReplyDelete
  8. Allahuakbar semoga selamat dan baik2 saja buat shabat kak PI tu

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist