ASSALAMUALAIKUM
PERKONGSIAN ILMU:
BAHAGIAN AKHIR SURAH 36: YASIIN.
Muka Surat: 444 – 445. Ayat: 66 – 83
Ayat 66 hingga 68: TAKWIF DUNIAWI (ANCAMAN DUNIA).
Ayat 66: Jika Allah SWT kehendaki, dibutakan mata orang-orang yang degil, sebagai balasan atas kesalahan mereka syirik kepada Allah. Mereka cuba mencari jalan tetapi tidak menemui jalan kebenaran itu. Mereka tidak dapat melihat petunjuk dan hidayah, jalan yang benar kerana di dunia mata hati mereka telah buta.
Ayat 67: Jika Allah SWT kehendaki, DIA boleh ubah fizikal manusia yang degil. Sebagaimana pada zaman Nabi Daud as, manusia menjadi kera. Allah SWT melarang mereka menangkap ikan pada hari Sabtu. Mereka membuat tipu helah, dengan memasang pukat pada hari Jumaat. Pada hari Sabtu, banyak ikan masuk ke dalam pukat tersebut. Kemudian mereka angkat pukat dan ambil ikan-ikan itu pada hari Ahad. Mereka beranggapan dapat tipu Allah! Lalu Allah, tunjukkan kekuasaan-Nya tukar mereka menjadi kera. Kera-kera itu hanya hidup tiga hari sahaja.
Ayat 68: Jika Allah kehendaki, manusia yang hidup umur panjang akan kembali seperti kanak-kanan. Orang-orang tua kena pakai pampers, makan minum disuap dan dimandikan. Ada yang pelupa (nyanyuk) jadi seperti budak-budak semula.
Ayat 69 dan 70: Nabi Muhammad saw bukan seorang penyair.
Ayat 69: Allah SWT, menafikan tuduhan-tuduhan Musyrikin Mekah bahawa Nabi Muhammad saw bersyair. Allah SWT menegaskan ayat-ayat al Quran bukan syair, bukan rekaan Nabi. Tiada kesilapan dalam al Quran. Sentiasa tepat dan tiada percanggahan antara ayat-ayatnya. Berbeza dengan syair ciptaan manusia, ada kesilapan. Al Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah, melalui malaikat Jibril. Menyeru manusia mentauhidkan Allah. Sembah dan minta tolong kepada sahaja.
Ayat 70: Tujuan Al Quran - Tugas Nabi Muhammad saw mentablighkan wahyu kepada manusia. Hidayah itu milik Allah kepada sesiapa yang DIA kehendaki. Baginda memberi tahu peringatan daripada Allah SWT, sesiapa yang syirik akan diazab.
Ayat 71 - 73 DALIL AQLI - Allah SWT mencipta alam semesta ini. Untuk kita berfikir, kekuasan Allah. Allah minta kita tengok bukti-bukti atau dalil-dalil kekuasaan-NYA yang dapat kita lihat di sekeliling kita. Maka hanya DIA sahaja yang layak disembah.
Ayat 71: Allah SWT bertanya; Tidakkah kamu (wahai manusia) lihat binatang ternak yang kamu miliki? Ayat-ayat pertanyaan dalam Quran, cara Allah untuk menarik perhatian pembaca dan pendengar. Manusia memiliki binatang ternak dengan mudah. Allah yang mencipta binatang-binatang ternak itu. Allah telah menundukkan binatang ternak itu kepada manusia. Manusia mmempunyai kebolehan menundukkan binatang ternak dengan rahmat dan izin Allah.
Ayat 72: Allah yang menjinakkan binatang ternak itu untuk manusia sebagai kenderaan. Contoh untuk ditunggangi dan bawa barang-barang ketika bermusafir. Seperti unta, keldai dan kuda. Ada binatang-binatang ternak ini untuk dimakan dagingnya, seperti kambing dan lembu. Ada binatang ternak untuk dijadikan kenderaan dan dimakan dagingnya, seperti unta. Kalau kenderaan kereta, bas, lori..tak Boleh makan.
Ayat 73: Banyak lagi faedah lain daripada binatang ternak tersebut. Susunya untuk diminum. Kulitnya untuk dibuat pakaian. Allah bertanya: Wahai manusia mengapa kamu tidak bersyukur?
Ayat 74: Sepatutnya manusia sembah Allah SWT sahaja. Tetapi ada manusia yang mereka-reka ibadah, minta tolong kepada selain daripada Allah. Ada yang berdoa dengan bertawasul seru nabi-nabi, wali-wali, malaikat-malaikat minta tolong. Perbuatan ini membawa kepada syirik. Nabi-nabi telah wafat, wali-wali telah meninggal dunia. Mereka tidak dapat tolong.
Ayat 75: Pujaan-pujaan batil tidak dapat menolong mereka. Benda-benda yang mereka sembah seperti patung-patung, di akhirat nanti, akan menjadi saksi mereka disembah!
Ayat 76: Allah SWT memujuk Nabi Muhammad saw. Jangan bersedih dengan penentangan daripada Musyrikin Mekah terhadap dakwah baginda. Allah SWT Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan, samada secara terang-terang atau secara bersembunyi menentang Nabi Muhammad saw.
Ayat 77: Merupakan DALIL AQLI. Untuk kita melihat dan berfikir kebesaran Allah SWT. Allah SWT mengetahui apa yamg ada dalam hati manusia kerana DIA yang mencipta manusia. Bagaimana kejadian manusia? Allah jadikan manusia daripada sperma dalam air mani yang hina. Kemudian mereka menjadi penentang, syirik kepada Allah.
Ayat 78: Penentang- penentang Nabi Muhammad saw bertanya; Siapa yang hidupkan tulang-tulang yang telah hancur? Baginda diam tak jawab. Ada Musyrikin Mekah yang mempersendakan Nabi Muhammad saw dengan beri tulang-tulang kepada baginda. Minta baginda hidupkan semula tulang-tulang tersesebut.
Ayat 79: Allah SWT suruh Rasulullah saw jawab begini; Pencipta tulang-tulang itu yang akan hidupkan kembali tulang-tulang tersebut. Cuba lihat kanak-kanak tulangnya kecil. Kemudian tulang-tulang itu membesar. Kanak-kanak jadi remaja, dewasa, tua dan mati. Jadi mudah bagi Allah hidupkan semula, manusia yang telah mati.
Ayat 80: Allah SWT membuat perbandingan, pokok-pokok yang telah mati, layu dan kering boleh mengeluarkan api. Contoh mancis. Petroleum yang jadi bahan api, asalnya pokok-pokok dan tumbuhan yang telah mati. Berasal daripada hidupan dalam laut yang telah mati. Seperti kulit-kulit kerang, lokan, siput dan lain-lain.
Ayat 81: Allah SWT tunjuk DALIL AQLI yang besar iaitu langit dan bumi. Bagi Allah SWT, matikan dan hidupkan manusia lebih mudah, daripda penciptaan langit tujuh lapis dan bumi tujuh lapis.
Ayat 82: Allah Yang Maha Berkuasa hanya sebut 'KUN FAYA KUN' . Maka JADILAH perkara yang DIA kehendaki. Indahnya Bahasa Arab, bahasa Al Quran sebut KUN, ringkas sahaja maknanya JADILAH. Kanak-kanak umur setahunpun boleh sebut KUN…
Ayat 83: Keseluruhan surah Yasiin, Allah SWT simpulkan dalam ayat ini. Kita diminta bertasbih dan memuji Allah atas kehebatan-NYA dan kemurahan-NYA kepada kita. Semua kerajaan di dalam genggaman Allah SWT. Samada makhluk taat atau tidak, semua pasti kembali kepada-NYA. Hadis sahih, Nabi Muhammad saw mengajar puteri baginda Fatimah ra bertasbih sebelum tidur. Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahuakbar 34 kali. Amalan ini supaya kita bangun pagi, sihat dan bertenaga. Bertasbih juga membawa maksud mengerjakan ibadat-ibadat seperti solat, puasa, baca Quran dan lain-lain . Ibadat yang diajar dalam Quran dan Sunnah, bukan direka-reka.
ya Allah jauhi kita dari syirik..
ReplyDeleteSesunggunya Allah itu hanya 1...Dia yang ciptakan segalanya. Suabahanallah
Alhamdulillah
ReplyDeleteSemoga bermanfaat
Surah yang banyak menceritakan kekuasaan Allah untuk kita semua hayati. Terima kasih atas perkongsian
ReplyDeletekun fayakun...
ReplyDeletetiadalah daya kita melainkan Dia