Tuesday, 7 September 2021

KAYUHAN USIA

 ASSALAMUALAIKUM



KAYUHAN USIA

Roda kayuhannya ligat menjejak aspal sepanjang laluan hidup

selaju arus masa seganding usia menambah bilangan

renungannya mencongak sesuatu yang menyapa gemala mindanya tiba-tiba

kekurangagan di situ di sini ingin ditambah lagi

kerosakannya mesti diperbaiki kadarnya segera

Selagi masih ada usia

meski energi raga daya minima

berfikir di luarkotak menganjak pradigma

Usaha upaya nekad dilaksana

dengan mahu izin-Nya insyaa-Allah

belum berserah kepada kelemahan

Tun M pejuang sejati

figura negarawan menyemai cinta watan subur pohon hijau

demi kebahgiaan warga Malaysia

dayung akli cerdas mengayuh

menjana kebaikan komprehensif

mendamaikan selagi nadinya berdenyut.

Menginspirasi semangat juang hidup marhaen

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

15/10/018

 


6 comments:

  1. Bila badan makin dipanjat usia,tenaga yg tinggal cuma sisa,nak buat kerja2 berat pun berkira

    ReplyDelete
  2. Kayuhan usia ada yang berbeza, antara laju dengan perlahan sahaja. Apa pun di mana kayuhan bermula, tetap ada tempat kayuhan terhenti.

    ReplyDelete
  3. Wkmsalam
    Banyak jasanya buat negara

    ReplyDelete
  4. Tabik hormat buat semua Perdana Menteri yang pernah mentadbir negara..

    ReplyDelete
  5. usia akan bergerak samada kita suka atau tidak. mari manfaatkan setiap detik agar tak terbazir begitu saja

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist