Monday 13 September 2021

ECRL..

 ASSALAMUALAIKUM

PIC GOOGLE IMAGES (C)


LALUAN REL PANTAI TIMUR

 

L-aluan keretapi laju kembali jajaran asal

A-ntara terlibat mukim Serendah

L-embah pinggiran tanahnya rendah

U-ntuk sambung rel terus ke Port Klang

A-nggaran jarak makin singkat

N-amun realiti ada risiko berat

 

R-encana dirancang sekian lama

E-lak diubah lagi demi ekonomi

L-antaran lembab merudum angkara pandemik

 

P-emikiran pakar bijak bestari

A-ndai disanggah tersenyum cuma

N-amanya perubahan perlu pengorbanan

T-aman perumahan perlu dikosongkan

A-mat muyskil terpaksa jua

I-nisiatif permudah kehidupan diberi

 

T-empoh projek siap empat tahun

I-mpian perhubungan selaju peluru

M-asa akan menentukan wujudnya

U-rusan berkenaan moga sempurna

R-umah berhampiran rel risau juga


PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

13/9/021


6 comments:

  1. apa lah agaknya cerita, dapat dibuat ke tak ye kak

    ReplyDelete
  2. Ramai yg dh lupa pasal projek mega ni

    ReplyDelete
  3. Ada beberapa yang telah terus tertangguh dan terbatal juga.

    ReplyDelete
  4. banyak perkara tertangguh kerana ujian pendamik ni kan Kak PI, mudah2an semua yang baik2 akan kembali di teruskan di masa akan datang, aamiin in shaa allah

    ReplyDelete
  5. Kalau siap ECRL ni nampaknya tiada lagi perkhidmatan keretapi tengah malam dari Gemas ke KB. Tak sempat naik lagi

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist