Saturday 11 September 2021

ASIK,,,

 

ASSALAMUALAIKUM

 




Selamat berhujung minggu. Kalau berada di Selangor, KL, atau Putrajaya sudah boleh rentas negeri jalan-jalan bawa keluarga lihat dunia indah sekitar sini. Rehatkan minda santai seketika setelah sekian lama terkurung di rumah kan. Vaksinasi kebanyakannya tentu sudah lengkap sebagai usaha kita menjaga afiat diri dan tidak lupa patuhi SOP demi kesejahteraan nyawa.

PI biasa saja. Tak kemana-mana pun. Lagipun rasa tak selesa menyusahkan anakcucu dengan keuzuran diri kalau tidak terlalu terpaksa. Lebih selesa berada dalm bilik mengadap computer menaip atau membaca.

Alhamdulillah banyak buku boleh dibaca walau membaca dan menulis juga ada masalahnya lantaran OKU yang terperangkap dalam sakit saraf. Tapi tetap diabaikan rasa ngilu mendurja diri. Keseronokan membaca karya kawan2 dalam media social dan buku mengujakan.

Baru-baru ini PI beli duah buku karya penulis mapan sdr.Mohd Kholid Hamzah terbaru iaitu  KELEKATI PUN BERSAYAP dan CERITERA KUALA KUBU ROAD. Harganya 20 RM saja sebuah. Tapi terkejut pabila menerima lima buah buku. Beli dua dapat lima terbaik kan. Langsung tak rugi.

Novel karya penulis iaitu ASIK, kumpulan cerpen AWAS AKU DISLEXSIA selenggaraan penulis terbitan alumni UNISEL dan novel MENIMBA YANG JERNIH karya sasterawan Negara A Samad Ismail turut disertakan. Alhamdulillah terima kasih banyak dik Kholid susah payah menghantar sendiri dan meletakkannya dalam raga yang sengaja anak sediakan untuk mengisi setiap barang kiriman yang sampai.

Tapi sayang PI terkilan tak dapat bersua muka denga penulis hebat yang rajin berkarya dan sering terbitkan buku baru ini.  Amat prolific dan proaktif. Karya beliau memang menarik minat dibaca higga usai setelah menyelak lembar pertama.

Novel ASIK sangat mengasyikkan dibaca. Beberapa watak dikemukakan mewakili pemikiran penulisnya yang berdailog santai tetapi serius perbincangannya merangkumi sosio kehidupan yang didepani di beberapa lokasi.

Leka kakpidah menelaah ASIK. Gelak terguling-guling membaca gelagat selamba Asik. Asik watak perasa penting yang menghiburkan. Kalau tak percaya baca petikan ini;

Aku perhati lama dah. Asik memancing memang handal. Tapi bila dia dapat ikan 6 ekor dia pun balik. Memang pelik perangai Orang Asli ni. Nak tanya, tahu aku dah…memang kena balik. Tak tanya macam mana aku nak tulis novel fasal hidup Orang Asli.

“Apa fasal nak balik dah?  Kan boleh pancing banyak lagi. Hari pun masih awal.”

“Dah cukup 6 ekor, buat apa tangkap ikan lagi?”

“Kenapa cukup 6 ekor? Kenapa tak tangkap 7 atau 10 ekor?”

“Saya makan satu ekor. Adik-adik saya 5 orang. Cukuplah makan seorang 1 ekor. Tangkap ikan banyak-banyak buat apa encik, nanti tak habis.”

Saya garu kepala.

“Simpanlah.esok boleh makan.”

“Nak makan esok, esoklah pancing.kalau semua tangkap hari ni,esok tak ada kerja!”

Ngeeng ..

Heh..heh..

Banyak lagi kisah Asik terselit antara lembaran novel ASIK.

Akhir kata tahniah dik Kholid moga tiasa sihat sejahtera bersama keluarga, murah rezeki dan terus sukses menghasilkan karya sastera terbaik…amiin.

6 comments:

  1. Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan ya

    ReplyDelete
  2. Saya pun tak ke mana-mana. Melayan anak-anak saudara yang datang berkunjung. Belum berani ke mall atau tempat awam. Selamat membaca kak PI. Logik jugak kisah memancing ikan tu

    ReplyDelete
  3. Saya pun lebih selesa duduk rumah membaca je kak PI

    ReplyDelete
  4. Saya pun sama kak..kalau tak terpaksa,mcm ke spital temujanji dgn doc..mmg tak kemana2..malas nk menyusahkan org lain..

    ReplyDelete
  5. Waalaikumusalam kak Faridah.
    Setelah sekian tahun ni baru saya dapat komen di blog ini. Tidak dulu blh baca saja komen tak blh. Puas godek dan cari tapi tetap tak boleh.😁

    ReplyDelete
  6. Rajinnya PI membaca dan berkarya
    Wak doakan PI sentiasa tabah dan sihat dan dapat menghasilkan karya2 kreatif

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist