ASSALAMUALAIKUM
JOM BERSAYEMBARA
ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
SAYEMBARA CERTOT TAHUN BAHARU GAKSA ESASTERA
PI baru ni menyertai sayembara certot tahun baharu anjuran GAKSA ESASTERA...Alhamdulillah dipilih tempat kedua...terima kasih banyak Prof Irwan dan para juri sudi pilih certot PI antara pemenang.
Ulasan Hakim
Bismillah … berikut adalah ulasan ringkas setiap cerpen;
1. Tahun Baru Tuan Ghuf – Moh Ghufron Cholid
Mengisahkan tentang kehilangan anak pada tahun baharu. Segala kenangan silih berganti sejak mula berkahwin. Pada mula aku seolah-olah tidak dapat menerima kehilangan anak itu. Namun akhirnya pasrah dan memulakan hidup baru pada tahun baharu.
Cerita ini lebih kepada luahan perasaan atau untuk menceritakan Kembali segala kenangannya. Konflik yang diharapkan iaitu tentang kesedihan tidak cukup menyentuh perasaan. Penggunaan puisi seolah-olah terpisah daripada jalinan cerita hanya ulangan kepada segala yang telah berlaku. Markah 51/100
2. Anwar Ibrahim: PMX Malaysia – Kablam22
Catatan aku tentang PMX atau Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Aku mengharapkan ada ruang dan peluang kepada PMX agar dapat memajukan negara. Segala tohmahan lalu perlu dilupakan. Rakyat terutama aku perlu ada wawasan untuk memajukan diri pada setiap tahun baharu.
Konflik sangat penting dalam sesebuah cerita. Jadi perkara itu perlu difikirkan oleh penulis untuk masukkan dalam sesebuah certot, dan bukan sekadar memberi pendapat dan harapan beliau tentang PMX yang baharu. Markah 50/100
3. Dilema Isteri Peneroka -Paridah Ishak
Safura seorang janda yang melihat rakannya gembira apabila berkahwin dengan seorang duda peneroka Felda. Kedatangannya ke rumah makcik pada tahun baharu hanya berakhir dengan angan-angan. Ibu saudaranya menasihatinya agar tidak meneruskan hajat untuk berkahwin dengan duda peneroka kerana akan timbul masalah belakangan nanti.
Cerpen adalah sebuah cerita yang membiarkan pembaca mendapat manfaat melalui karangannya. Segala yang hendak disampaikan terutama tentang tahun baharu dan juga mencari suami baru disampaikan dengan berkesan dan menarik. Untuk lebih menyengat kisah ini perlu tampilkan saspens atau twist plot. Markah 78/100
Seri telah kematian suari, begitu juga dengan Rasyid yang telah kematian isteri. Mereka bertemu dan jatuh cinta semula. Namun hajat Seri itu dihalang oleh anak-anak kecuali anak bongsunya. Di sebelah pihak Rasyid pula semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat dukungan daripada anak-anak. Seri mengharapkan tahun baharu memberi sinar kepadanya agar bertemu dengan jodoh itu.
Kisah pertemuan semula dengan kekasih lama sudah sering didendangkan oleh penulis. Tambahan pula setelah kematian pasangan masing-masing kemudian mahu bersama tetapi ada halangan daripada anak-anak. Agak klise. Namun aspek klise ini sepatutnya boleh ‘dicantikkan’ dengan teknik plot atau unsur saspens dan ‘twist plot’. Tetapi dalam kisah itu perkara tersebut tidak dilakukan oleh penulis. Markah 62/100
5. Janji Patin Tempoyak – CT Nurza
Sitie menetapkan azam untuk menunaikan janji kepada kawannya iaitu mengirim ikan patin dar sungai Pahang. Daripada perbualan itu, Sitie berasa bangga dengan kejayaan kawannya dalam bidang penulisan. Jadi pada tahun baharu Sitie juga mahu tekun berkarya menghasilkan karya yang berimpak tinggi.
Kisah ini perlukan teknik cerita yang lebih mantap. Hal ini kerana tiada klimaks dan saspens untuk dipersembahkan kepada pembaca. Lebih kepada hanya sebuah catatan untuk diingatkan oleh diri sendiri. Sedangkan gaya bahasa yang digunakan sangat baik. Markah 53/100
6. Sanah Helwah Adikku Sayang – Noorlaila Ghafar
Mengisahkan hubungan adik-beradik yang sangat erat sejak daripada kecil hingga dewasa. Walaupun hidup berjauhan dan sudah mempunyai keluarga masing-masing hubungan yang erat berkat didikan dan asuhan ibu bapa menjadikan hubungan mereka terus kukuh.
Kisah kekeluargaan yang menarik. Walaupun sudah biasa atau klise dengan cerita-cerita sebegini namun, teknik penceritaan yang digarap (imbas kembali dan suspens) menjadikan kisah ini berbekas di sanubari. Cuma penulis perlu peka tentang fakta (penggunaan vacum pada tahun 1971 di masjid?) begitu juga dengan beberapa ejaan perkataan dalam bahasa Arab. Markah 80/100
7. Dalam Kotak Ada Katak – Nuri Mas Nuri
Nilai persahabatan yang kukuh sangat bermakna apabila saling bantu-membantu. Kisah dua orang sahabat baik yang belajar di universiti. Syima menghadiahkan Qaira telefon bimbit untuk memudahkan sahabatnya itu belajar. Hari jadi Qaira yang jatuh pada tahun baharu itu sangat bermakna dengan hadiah itu. Telefon bimbit itu sudah lama diidaminya.
Teknik penceritaan yang lancar. Juga memberi kesan kepada pembacaan terutama dari aspek persahabatan yang akrab. Namun bagi sebuah certot kisah ini agak bertele. Isu atau topik yang hendak disampaikan oleh pencerita iaitu tentang banjir seolah-olah diabaikan dan tiada kesudahan. Markah 75/100.
8. Kisah Sarah Tiada Noktah setiap Tahun Baharu – Salmah Amir
Mengisahkan tenang seorang anak (Sarah) yang meninggal kerana kanser. Sarah anak yang baik meninggalkan segala harta kepada ibu bapa. Didikan yang baik daripada ibu bapa terhadap anak-anak akan kembali kepada ibu bapa hasilnya.
Sebuah kisah (kenangan) yang mendatar iaitu hanya bercerita tentang didikan ibu bapa kepada anak yang hasilnya anak tersebut membalas semua jasa tersebut. Tiada aspek atau teknik yang menarik, walaupun kisahnya boleh memberi pengajaran kepada pembaca. Terdapat kesalahan ejaan yang perlu diperbaiki (mengganggu kelancaran pembacaan). Markah 66/100
9. Angin Tahun Baharu – Abdul Jalal HM
Kisah aku dan seorang anak muda (Leo) yang berbual tentang kehidupan. Kebayakan kehidupan anak muda di Tangerang agak sukar kerana terpaksa bersaing untuk mendapat pekerjaan yang sedikit. Kemudian fokus cerita mula bercampur-campur iaitu berubah tentang penulisan, sayembara, peniaga dan lain-lain hingga hilang isu utama yang hendak disampaikan.
Penulis lebih kepada melaporkan kejadian dan bukan bercerita (cerpen). Walaupun kisah ini menarik, namun aspek sastera dari segi plot (longgar) mengganggu pembacaan. Markah 60/100
Kesimpulan
Dalam aspek penulisan terutama cerita (dalam hal ini certot) perkara penting seperti aspek sastera tidak boleh diabaikan. Plot cerita seperti permulaan, perkembangan, klimaks, konflik dan peleraian perlu kemas dan kuat. Untuk certot iaitu cerita pendek fokus atau subjek cerita perlu ringkas atau satu perkara sahaja. Jika terlalu banyak perkara hendak dikisahkan maka, fokus atau tumpuan cerita itu akan terjejas (mengganggu pembacaan). Begitu juga dengan gaya bahasa. Selalunya cerita yang menarik akan hadir bersama bahasa yang indah (tiada kesalahan, mudah difahami, kosa kata luas dan sebagainya). Dalam hal ini kesemua certot adalah baik (memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu tahun baharu) namun, yang menang adalah lebih baik dan menarik pada pandangan mata penilai. Moga bermanfaat.
Pemenang
1. Sanah Helwah Adikku Sayang – Noorlaila Ghafar (RM300).
2. Dilema Isteri Peneroka -Paridah Ishak (RM200).
3. Dalam Kotak Ada Katak – Nuri Mas Nuri (RM100).
Disediakan:
5.01.2023.
Tahniah kepada para pemenang. Untuk yang tidak berjaya, cuba lagi dalam sayembara-sayembara ESVA yanag akan datang.
KEPUTUSAN UJIKARYA LIMERIK
ASSALAMUALAIKUM
ASSALAMUALAIKUM
ASSALAMUALAIKUM
MEMORI NASI LEMAK DAUN PISANG
Selamat berhujung minggu. Semalam Prof Irwan Abu Bakar selaku admin GAKSA e-Sastera telah mengumumkan pemenang sayembara tersebut; Ct Nurza hadiah pertama RM 100, Ismail Hashim hadiah kedua RM 70, Rafael Maribin n Paridah Ishak hadiah ketiga RM 50.
Tahniah semua pemenang n peserta sayembara tersebut.
Eh...tersangkut juga nama PI tu!
Alhamdulillah rezeki Ramadan Kareem melimpah ke ribaan.
ASSALAMUALAKUM
SEMPENA TARIKH 22222 LALU GAKSA ESASTERA MENGANJURKAN SAYEMBARA PUISI TRADISI DAN MODEN....RAMAI PENULIS GRUP ESASTERA ASEAN DARI INDONESIA, BRUNEI, SINGAPURA, MALAYSIA MENYERTAINYA...PI BIASALA MENYIBUK SELALU MERAMAIKAN SAJA.
TERKEJUT SUNGGUH KALA PROF IRWAN ABU BAKAR UMUMKAN PEMENANGNYA...ALHAMDULILLAH CEMPEDAK MENJADI NANGKA PI TERSANGKUT JUGA TEMPAT KEDUA...PEMENANG PERTAMA PENULIS MAPAN INDONESIA PAK CUNONG NUNUK SURUJA...TAHNIAH! HADIAHNYA PUN UNIK KERNA SETARA DENGAN ANGKA 222.22
TERIMA KASIH BANYAK PROF IRWAN DAN PARA JURI SUDI PILIH KARYA PUISI PI SEADANYA ITU...DIDOAKAN PROF SEGERA PULIH KESIHATANNYA SEDIAKALA SETELAH JALANI MAJOR PEMBEDAHAN THYROID BERISIKO TINGGI BARU-BARU INI AMIIN YRBA
TAHNIAH PROF @GAKSA E-SASTERA
TAHNIAH SEMUA PESERTA SAYEMBARA
TAHNIAH PAK CUNONG NUNUK SURUJA
ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU
ALHAMDULILLAH TERIMA KASIH SIFU TA SUDI PILIH SONIAN PI ANTARA PEMENANG....TAHNIAH PEMENANG DAN PESERTA SAYEMBARA SONIAN "MALAYSIA"
ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU DIDOAKAN SIHAT SEJAHTERA SELALU SEMUANYA SAMBIL BERAKTIVITI YANG DISENANGI..PI BIASALA MENULIS SELALU WALAU SIKIT2 SESUAI DAYA KEUPAYAAN DIRI....AWAL BULAN OGOS PI SERTAI BEBERAPA SAYEMBARA PENULISAN ANJURAN ESASTERA GAKSA ASEAN..
ALHAMDULILLAH PI RAIH KEMENANGAN BERSAMA PENULIS CT NURZA DALAM SAYEMBARA CERTOT DENGAN TEMA APA YG DIBENCI .
TERIMA KASIH BANYAK PROF IRWAN ABU BAKAR DAN JURI SUDI MEMBERI HADIAH PADA KARYA PI YG SEADANYA SAJA....TAHNIAH CT NURZA DAN SEMUA PESERTA SAYEMBARA CERTOT GAKSA ESASTERA.
Certot
Oleh
Paridah Ishak
KEBENCIANKU
Kelemahanku merupakan
kebencianku. Seolahnya aku membenci diriku sendiri. Sepatutnya aku
menyayanginya sepenuh hati. Dan menghargai diri tanpa perlu dipertikaikan apa
saja kelemahannya. Wajar menerima apa
saja kondisi diri seadanya. Bukan sama sekali membencinya.. Kehidupan itu anugerah Allah terindah untuk
hamba-hamba-Nya. Wajib mensyukurinya.
Tapi semua kelemahan yang memenjarakan kecergasanku
menjadikan aku pesimis dan hilang asa hidup. Segalanya berlaku ekoran tragedi
kemalangan yang menimpaku suatu waktu dahulu. Lantaran itu aku kehilangan
kebanggaan diri yang dimiliki. Tenaga
dan upaya diri sangat minima. Aku tidak lagi boleh menolong diriku
sendiri. Apalagi bergerak ke mana hala menunaikan tujuanku. Benci! Benci!
Kelemahanku menjadi masalah kepadaku. Juga keluargaku. Benci sungguh.
Kemusykilan menyilarati minda kecilku.
Semua
keperluanku terpaksa dibantu suami, ibu bapa, anak-anak, adik-adik dan akhirnya
cucu-cucu juga. Masa pantas berlalu bersama kebencian yang tidak pernah pupus
wujudnya dalam atmaku. Cucu-cucuku lahir dan membesar di samping nenda mereka
yang hanya mampu memandang mereka dengan renungan kasih. Sejak mereka lahir
mereka sudah kenali nenda mereka seorang bisu. Tapi sesekali lontaran suaraku
walau tidak jelas sebutannya mampu mereka menafsirkan maknanya.
Celoteh dan kerenah mereka membahagiakanku. Hatiku
menjerit sakit kala melihat anak-cucuku sakit atau ditimpa malang kerana
menyesali akan diriku yang tidak dapat membantu suatu apa. Aku amat terkilan
kerana aku tidak mampu menjalankan tanggungjawabku sebagai ibu yang sempurna
kepada anak-anak dan nenda kepada cucu-cucu yang mengharapkan aku melindungi
mereka. Tapi menjadi sebaliknya pula. Mereka pula yang terpaksa menjaga
maslahat dan kebajikan nenda mereka yang kurang upaya ini.
Menyusahkan sesiapa saja adalah kebencianku. Namun
hakikat yang tidak sama sekali kugemari melestarikan hayatku bersambung
insya-Allah. Aku hanya reda mengikut arus takdir yang menolakku ke garis
penamat ketentuan-Nya.
Aku
suka berkebun. Tanaman yang tumbuh membuahkan hasil menggembirakanku. Aktiviti
itu hanya tinggal kenangan. .Catatan
kenanganku tersimpan dalam diari. Kala menyelak membacanya aku diulit
sedih. Aku benci untuk membaca lembar kenangan itu.
ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
DBP MULAI KHAMIS DUA MINGGU LEPAS MENGANJURKAN SAYEMBARA PANTUN BERSAMA RADIO KLASIK.RAMAI PENUKIL PANTUN MENYERTAINYA DENGAN MENGHANTAR PANTUN DI WALL FB RADIO KLASIK....TERMASUKLAH PI HEH..HEH..KHAMIS MINGGU PERTAMA JAM8.30 PAGI KALUTLAH MENCIPTA PANTUN...MASA YG DIBERI CUMA 15 MINIT UNTUK MENUKIL PANTUN MENGIKUT TEMA YG DBP TENTUKAN...SETAKAT INI SUDAH 4 PEMENANG DIUMUMKAN TELAH DIPILIH....DJ RKLASIK MENGUMUMKANNYA GLEMER OO..
TAPI PANTUN PI TAK MASUK LLIS..
SEMALAM DJ ANISMA BACAKAN PANTUN PI TERIMA KASIH BANYAK DJ ANISMA SUDI BACAKAN PANTUN PI....ALHAMDULILLAH..
WALAU JADI PILIHAN DJ TIDAK SEMESTINYA MENJADI PILIHAN DBP...MOGA2 PANTUN PI ANTARA YG DIPILIH JUGA...AMIIN...TOLONG DOAKAN YA SAHABAT SEMUA..
KEPUTUSANNYA BELUM DIUMUMKAN LAGI NI...
ASSALAMUALAIKUM
SALAM MERDEKA...SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 31 OGOS...SEMOGA NEGARA TERUS AMAN HARMONI MERDEKA SELAMA SEJAHTERA MAKMUR...SEMALAM 30 OGOS SIFU TABIR ALAM MENGANJURKAN SAYEMBARA HAIKU DAN SONETA...ALHAMDULILLAH REZKI PI TERPILIH MENANG TEMPAT KEDUA SAYEMMBARA HAIKU TAPI KALAH DALAM SONETA..TAHNIAH SEMUA PEMENANG PESERTA....TERIMA KASIH BANYAK SIFU TA SUDI PILIH KARYA PI YG SEADANYA ITU.
DAN SEMALAM JUGA BIRTHDAY BLOGGER NOHAS, ABQORI, SALMAH AMIR JUGA RAMAI LAGI KAN....
SANAH HELWAH NOHAS, SALMAH AMIR, ABQORI DLL MOGA SIHAT SEJAHTERA SELALU, MURAH REZEKI DALAM LINDUNGAN ALLAH SUKSES DUNIA AKHIRAT
ASSALAMUALAIKUM
BARU-BARU NI PI SERTAI SAYEMBARA MENULIS SURAT KEPADA PERDANA MENTERI ANJURAN GAKSA. ESASTERA VAGANZA ASEAN.
ALHAMDULILLAH KARYA PI TERPILIH MENANG TEMPAT KEDUA...PENULIS IBNUDIN ASSINGKIRI TERPILIH JUARA..
TERIMA KASIH PROF IRWAN ABU BAKAR DAN GAKSA SELALU MENYOKONG KARYA PI YANG SEADANYA SAJA.
Paridah Ishak,
Desa Melor,
48200 Serendah
Selangor DE
7 Ogos 2021
YAB,
.
Tan Sri Muhyiddin Yassin,
,
Perdana Menteri MALAYSIA
Putrajaya.
Assalamualaikum, salam
sejahtera YAB Perdana Menteri yang dihormati semoga dalam perlindungan rahmat
Allah tiasa. Aamiin.
Alhamdulillah!
Tahniah! YAB terpilih menerajui pentadbiran negara tercinta Malaysia ekoran
parti gabungan PN (PERIKATAN NASIONAL) 7
Ogos 2020 dengan persetujuan semua ketua parti politik mewujudkan kerajaan
baharu menumbangkan PH (PAKATAN HARAPAN) kerajaan yang mentadbir negara mulai 21
Feb 2020 dalam pemuafakatan yang dikenali sebagai ‘LANGKAH SHERATON’
Pada suatu sisi tindakan menggabungkan parti PAS, UMNO,
BERSATU dilihat sebagai langkah bijak mengembalikan kuasa pemerintahan negara
kepada yang lebih berhak iaitu bangsa teras negara iaitu Melayu beragama Islam.
Pandangan dari sudut lain pula seolah kudeta merampas hak kemenangan PH yang
ditentukan rakyat melalui peti undi.
Perpaduan antara rakyat Malaysia yang berbilang
kaum sangat dijaga bagai menatang minyak yang penuh sejak Malaysia ujud pada 31
Ogos 1957 mula berkocak dengan isu sensitif mereka yang tidak bertanggung
jawab. Insiden berdarah 13 Mei 1969 kerana perpecahan kaum ekoran keputusan
pilihanraya kerana banyak kerusi dimenangi pembangkang, ingin dipastikan
sejarahnya tidak berulang..
Namun apa yang berlaku dengan izin Allah jua. Dan rakyat
menerimanya sambil menunggu penuh sabar apa yang bakal terjadi seterusnya.
Mungkin kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri lebih tulus berintegriti
dan amanah.
Kerajaan
baharu dibentuk selalunya diharapkan rakyat jelata membawa perubahan lebih baik daripada kerajaan dahulu. Dan
rakyat tetap berhak mengkritik dan memberi pandangan menurut perkiraan marhaen.
Hak rakyat menyuarakan apa saja pendapat mempergunakan pelbagai saluran media
tidak mengira sama ada undang-undang membenarkannya..
Nampaknya
perubahan ketara yang diambil YAB Perdana Menteri ialah dengan menambah
bilangan menteri kabinet. Ramai menteri dan timbalannya dibayar dengan gaji
yang lumayan sesuai dengan kedudukan yang istimewa sedangkan masalah fiskal
negara tidak stabil lantaran menanggung bebanan hutang yang banyak dibuat
kerajaan terdahulu.. Sepatutnya jumlah menteri dikurangkan paling minima.tidak
perlu ada jawatan timbalan menteri kerana kebanyakan tugas penting pentadbiran
diuruskan penjawat awam dengan sangat efisien. Wang yang disalurkan ke dalam
poket menteri dan timbalannya boleh dipergunakan dengan tujuan lebih
bermanfaat.
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Gumpalan awan
memutih indah menghiasi langit nan biru tergantung. Lelayang, camar dan unggas
bebas berterbangan rentasi semapadan tanpa halangan. Namun sama sekali tidak
boleh membiarkan ‘burung besi’ atau ‘drone’ milik negara asing melintasi ruang
udara yang disepakati negara dunia akan maktub syarat perundangan negara
berdaulat. Mempertahankan laluan ruang udara hak milik negara tersurat wajib
tanpa tolak ansur. Tapi kelihatannya penguatkuasaan itu semakin longgar.
Contohnya Israel yang tiada sebarang hubungan diplomatik, pesawatnya dibenarkan
melintasi ruang negara. Kenapalah membiarkan musuh berwenang-wenang di langit
memperhatikan kita di bawah. Musykil juga kan!
Soal pentadbiran menyangkut segala urusan penting terutama agama
Islam akidah bangsa termasuk sosio budaya dan maslahat rakyat. Agama Islam merupakan agama rasmi dalam
perlembagaan negara. Menjadi kebanggaan warganegara dan dijunjung tinggi. Urusan
mengenainya diserahkan kepada alim ulama bertauliah dengan persetujuan Sultan
dan Yang Di Pertuan sesebuah negeri. Hak itu tidak langsung ada kena-mengena
dengan politik. Mereka yang fasih dalam ilmu agama Islam semestinya menguruskan
berkenaan ini tanpa campur tangan sesiapa.
Begitu juga dalam soal
pendidikan peringkat rendah atau atas, sepatutnya setiap keputusan mengenainya
hanya ditangani mereka yang arif dan terlibat dalam bidang tersebut. Termasuk
juga dalam sosio budaya kesusasteraan. Masyarakat berilmu kerana rajin membaca.
Lalu penerbitan buku ilmiah, sastera kreatif menjana daya fikir proaktif
mencergaskan minda perlu diberi dana penerbitan untuk realisasikannya menggalak
masyarakat membaca. Dengan itu rezeki penulis karya akan sentiasa ada. Walaupun
karya penulis tidak memberikan hasil sebanyak mana yang diharapkan. Lapangan
ekonomi warga dalam bidang penerbitan buku amat perlu diberi penekanan.
Seluruh dunia kini dilanda Covid-19. Bermula sejak akhir 2019.
Bahana pandemik menular memakan korban yang tidak sedikit. Masalah ini juga
dihadapi Malaysia. Telah beribu-ribu rakyat dijangkiti dan kematian mangsa
berlaku setiap hari dalam jumlah yang tidak sedikit. Menggerunkan mengira akan
jumlahnya.
Amat sedih melihat kejadian ini berulang setiap hari.. Ramai yang telah kehilangan yang tersayang dan penting dalam kehidupan
masing-masing. Nampaknya PKP/SOP langsung tidak berkesan sekiranya dipatuhi
suatu pihak saja. Tapi beberapa pihak lain mengingkarinya. Walau PKP berterusan
sekian lama apalah maknanya sekiranya beribu-ribu mangsa dilapurkan dijangkiti
Covid 19 setiap hari. Jumlah terkini mangsa yang dijangkiti telah melebihi 20,000
sehari pada 7 dan 8 Ogos 021.
Soal antara hidup dan mati lantaran serangan virus corona yang
bermutasi dan sering mengubah diri dalam pelbagai varian yang kebal dengan
penawar vaksin perlu ditangani dengan bijaksana. Bahana covid-19 memaksa warga
Malaysia menyantuni hidup normal baharu dalam segala bidang termasuk
pendidikan. Pelajar tidak lagi belajar di sekolah dan universiti secara bersemuka
dengan guru. Tapi disogokkan dengan
PdPR. Memang ada kebaikannya kerana anak-anak diperkenalkan dengan IT sejak
pra-sekolah lagi. Penguasaan ilmu
digital amat penting diperolehi menyantuni era kini.
Anak-anak semakin jemu terkurung dalam rumah tanpa dapat melakukann
aktiviti atau riadah kebiasaan. Buat mereka yang tinggal dalam ruang sempit
sebuah flat di kota raya dengan ahli keluarga yang ramai bilangannya tentu
menyukarkan mereka untuk bernafas. Dan pelbagai masalah lain akan timbul. Namun
masing-masing mulai mengerti situasi yang didepani.
Tapi normal baharu telah
menjadi lama. Sepatutnya masing-masing prihatin saling melindungi, membantu
kesulitan sesiapa tanpa prasangka. Ramai yang telah hilang kerja dan banyak
syarikat perniagaan gulung tikar.
Bendera putih dikibarkan anologi kepada kesusahan rakyat yang
tidak tertanggung jelas ketara. Terpaksa menghambur rasa pedih tekanan jiwa
bukan citra sinis kiasan tersirat. Putih lambang suci dan tulus hati laksana
kain bendera yang putih berkibar bicara isyarat. Tentu terasa tenang hati
melihat bendera putih berkibar dihembus angin daripada melihat individu terjun
bangunan bunuh diri kerana ingin menamatkan hidup kerana tekanan jiwa akibat
gara-gara pandemik yang tidak kunjung usai..
Wabak menular dengan sangat pantas dan menewaskan korban terlalu
banyak jumlahnya. Kini warga Malaysia ternyata hidup dalam gelembung ngeri.
Tiada lagi gelembung selamat yang terbuka pintunya untuk dimasuki. Setiap hari
ketakutan merajai situasi. Doa ditadah
mengharapkan usaha holistik warganegara barisan hadapan, belakang kiri dan
kanan mampu membendung wabak kadar segera dengan apa pun cara. Hanya kepada-Mu
Allahhu Rabbi yang Maha Mengetahui rahsia makrifat kejadian diserahkan doa yang
diulang selalu. Aamiin. .
Sekian sahaja secebis coretan saya kepada YAB Perdana Menteri
yang dihormati Akhir kata didoakan semoga YAB sentiasa sihat walafiat dalam lindungan Allah
dan berjaya menyelesaikan masalah rakyat dan negara yang teramat kritikal kini..
Terutama melandaikan pandemik dan menangani kegawatan ekonomi negara.
Jasa dan baik budi YAB disanjung tinggi amat dihargai semoga Allah
membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran…Amiin
SELAMAT MENYAMBUT HARI
KEBANGSAAN KE 64 PADA 31 OGOS 2021
DIRGAHAYU MALAYSIA TERCINTA
AFIAT SEJAHTERA SELAMA..
Terima kasih.
Saya yang benar,
Paridah Ishak