ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah PI terima FRAGMEN SENJA
hadiah kiriman penulis mapan dan prolifik Ibnu Din Assingkiri. Terima kasih banyak
Cikgu Sanusi kesudiannya. FRAGMEN SENJA merupakan kompilasi cerpen karya
penulisnya terbitan ITBM. 20 cerpen pilihan bertemakan senja mengisi 185
halaman buku comel ini. Kesemua cerpennya sangat menarik. Teruja sekali ingin
mengetahui akhiranya setelah membaca tajuknya. Gabungan cerita pelbagai idea
penulis biasanya berdasarkan pengalaman,pemerhatian ditambah dengan kreativiti
menyusun diksi dan melukis suasana latar. PI memang suka membaca
penulisan cerpen gaya begini kerana Penulis tidak meminta pembaca memikirkan
pelbagai maksud tersirat yang sukar difahami. Cikgu Sanusi menulis cerpen atau
cerita pendek yang menepati maksudnya. Ada permulaan dan penamat tidak sukar dijangka. Namun keindahan bahasa kesusasteraan
amat sempurna. Setiap cerpen mengungkap nilai murni kehidupan tentunya. Tahniah
Cikgu Sanusi!
Sekiranya ingin telusuri semua kisah dalam FRAGMEN SENJA terutama cerpen dengan tajuk yang sama hubungi penulisnya @facebook. Harganya mampu milik berbanding nilai karya sastera yang ternyata berkualiti tinggi.
Selamat membaca kak PI..salah satu terapi minda ,kan..
ReplyDeleteMrs. A pun suka cerpen yang santai-santai aje.
ReplyDeleteBerat-berat tak layan sangat dah huhuuhu...
Saling berkongsi karya.
ReplyDeletewah macam best je. Kak PI pergi rumah saya
ReplyDeletemesti ralit baca buku tu kak...
ReplyDeletesaya suka jugak baca cerpen.. selalu bacak dalam utusan dulu dulu :)
ReplyDeleteasalam puitis kata cinta madah
ReplyDelete