Saturday, 7 August 2021

AL MULK (KERAJAAN)

 ASSALAMUALAIKUM


PERKONGSIAN ILMU:
Surah 67: AL MULK (KERAJAAN)
Muka surat 562:
AYAT : 1 -11.
PENGENALAN: Surah Al Mulk membicarakan satu aspek Tauhid. Tauhid dalam berkat, iaitu Allah sumber segala berkat. Kekuasaan memberi berkat hanya Allah. Tiada yang memiliki berkat selain Allah. Berkat boleh pada benda dan amal. Seperti mukjizat dan karamah yang muncul kepada nabi-nabi atau wali-wali yang datang daripada Allah Perkataan lain untuk berkat ialah sakti. Kesaktian hanya daripada Allah.
Ayat 1: DAKWA SURAH (Tema atau isi penting): Maha Berkat Allah yang dalam genggamannya segala kerajaan. “Tabaroka” Berkat hanya milik Allah. Menunjukkan kekuasaan Allah yang menguasai pemeritahan di dunia dan akhirat. Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Hakikat berkat ialah setiap perkara yang Allah SWT limpahkan secara luar biasa yang menguntungkan berterusan hingga ke akhirat. Berkat boleh jadi tempat, masa, ilmu, amal dan makanan. Keberkatan begini boleh diminta melalui doa. Berdoa hanya kepada Allah.Tidak boleh seru nabi-nabi, seru wali-wali.
Ayat 2: Yang mencipta mati dan hidup. Allah yang mencipta manusia daripada segumpal darah menjadi janin yang masih mati dalam rahim ibu. Kemudian janin hidup setelah ditiup roh dan seterusnya lahir sebagai bayi. Akhirnya manusia akan mati. Setelah mati dibangkitkan semula dan hidup di alam akhirat. Amalan dihisab berdasarkan kualiti bukan kuantiti.
Ayat 3 dan 4: DALIL AQLI PERTAMA (yang dapat kita lihat dan fikir)
Ayat 3: Hanya Allah sumber segala keberkatan yang mencipta langit tujuh lapis tanpa cacat. Allah suruh kita lihat langit. Allah tanya: Adakah kamu lihat sesuatu yang cacat? Ayat pertanyaan adalah teknik Allah untuk menarik perhatian pendengar.
Ayat 4: Allah suruh kita tengok lagi langit berkali-kali. Pasti kita tidak akan menemui sebarang kecacatan pada langit tanpa tiang.
Ayat 5: DALIL AQLI KEDUA: Tidak ada selain Allah yang dapat menghiasi langit dengan bintang-bintang dan planet-planet. Bintang-bintang itu sebagai pelempar syaitan. Syaitan yang naik ke langit untuk mencuri-curi dengar rahsia perbualan malaikat. Bintang-bintang akan melempari syaitan tersebut dengan alat (batu) dan jatuh sebagai tahi bintang (batu petir)
Ayat 6 - 11: ANCAMAN UKHRAWI (gambaran azab di akhirat dan penyesalan penghuni neraka)
Ayat 6: Orang-orang kafir dan orang-orang yang melakukan perbuatan syirik kekal dalam neraka.
Ayat 7: Setiap kali orang-orang kafir dilemparkan ke dalam neraka, neraka mengeluarkan bunyi dengkingan yang dahsyat.
Ayat 8: Api neraka marak menjulang membakar orang-orang kafir. Kemarahan menyebabkan neraka hampir - hampir pecah dan berkecai kerana berang terhadap musuh-musuh Allah. Pertanyaan malaikat Zabaniah yang menyindir: Apakah belum pernah ada orang datang memberi peringatan kepada kamu ketika di dunia?
Ayat 9: Ahli-ahli neraka menjawab; Benar sungguh seseorang telah datang memberi peringatan tetapi kami tidak percaya.
Ayat 10: Pengakuan ahli neraka Sa’ir tentang sebab-sebab mereka masuk neraka.
a. Mendustakan peringatan nabi atau sesiapa sahaja.
b. Tidak mahu mendengar wahyu (perbuatan mendengar memberi kesan boleh membuka pintu hati)
c. Tidak berfikir tentang wahyu kerana tidak mendengar pengajaran wahyu.
Ayat 11: Ahli-ahli neraka mengakui dosa-dosanya dan menyesal. Sekiranya mereka mendengar dan berfikir tentang wahyu pasti mereka mendapat hidayah. Tentu mereka tidak menjadi penghuni neraka Sa’ir yang menyala-nyala itu.

6 comments:

  1. Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah ya Rahman ya Rahim..lindungilah kami semua..umat Muhammad S.A.W dari azab api nerakaMu

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah, terima kasih kak PI perkongsian.

    ReplyDelete
  4. Thanks sharing. Surah yang elok diamalkan baca setiap malam sebelum tidur.

    ReplyDelete
  5. antara surah yg digalakkan utk membaca sblm tidur

    ReplyDelete
  6. Surah al-mulk ni akan melindungi kita kelak di hari kiamat , amalkan membaca surah al-mulk sebelum tidur InshaAllah Allah akan lindungi kita sentiasa dari azab api neraka dan azab kubur kelak.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist