ASSALAMUALAIKUM
PERKONGSIAN ILMU: SURAH 36. YASIIN.
Muka Surat: 440. Ayat 1 - 12
PENGENALAN:
Ramai orang membaca surah Yasiin, buat program bacaan Yasiin tiap-tiap minggu. Tetapi tidak memahami isi kandungan surah ini. Tiada hadis sohih tentang kelebihan surah Yasiin. Pahala membaca surah ini, sama seperti pahala membaca ayat-ayat al Quran yang lain. Setiap kali kita membaca al Quran, Satu huruf yang kita baca dapat satu kebaikan. Satu kebaikan digandakan 10 kebaikan. Surah Yasiin turun di Mekah pada tahun-tahun terakhir sebelum Nabi Muhammad saw berhijrah ke Mekah. Surah ini menafikan Syafaat Qahriyah. Iaitu syafaat kasih sayang. Syafaat hanya milik Allah SWT. Rasullullah saw sendiri tidak dapat beri syafaat kepada bapa saudaranya yang disayangi Abu Talib, yang mati. Kandungan Surah Yasiin terbahagi tiga bahagian. Iaitu Tauhid, Risallah dan Akhirat.
AYAT: 1-11. Mukadimah Surah. Allah menjelaskan bahawa al Quran adalah bukti kebenaran Nabi Muhammad saw. Tetapi kebanyakan manusia hatinya telah tertutup tidak dapat melihat kebenaran.
Ayat 1: Yasiin: Merupakan huruf-huruf muttaqaah. Allah SWT tidak beritahu maknanya. Rahsia Allah. Ada juga muffasir mentafsirkan untuk menarik perhatian pendengar. Contoh apabila Musyikin Mekah mendengar bacaan Quran, mereka tak mahu mendengar. Tetapi apabila terdengar bacaan: Yasiin.. atau Toha..mereka berhenti mahu mendengar, kerana rasa hairan. Tiada perkataan itu dalam Bahasa Arab.
Ayat 2: Allah bersumpah dengan al Quran. Ini menunjukkan pentingnya al Quran. Dengan al Quran manusia dapat ilmu. Dalam surah-surah lain, ditunjukkan Allah bersumpah dengan Waktu Dhuha, bersumpah dengan buah Tiin dan lain-lain. Allah bersumpah dengan makhluk yang DIA cipta. Kita hamba-Nya hanya boleh bersumpah dengan Nama Allah sahaja.
Ayat 3: Pujukkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad saw yang bersedih. Sedih kerana setelah hampir 10 tahun berdakwah di Kota Mekkah, sedikit sahaja yang beriman. Allah SWT pujuk Rasullullah, begitulah yang dihadapi oleh rasul-rasul terdahulu. Menjalankan tugas dakwah, sedikit yang menerima, ramai yang menentang.
Ayat 4: Merupakan bahagian pertama surah: RISALAH. Tugas Nabi Muhammad saw menyeru manusia supaya berada di jalan yang benar. Kita hendaklah beriman 100% ikut kandungan al Quran dan sunnah.
Ayat 5: Allah SWT menegaskan, al Quran itu diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa. Allah Yang Maha Mengasihi. Diberi kepada Nabi Muhammad saw melalui Malaikat Jibril, sedikit demi sedikit. Selama 23 tahun. Bukan rekaan Rasulullah. Oleh itu kita hendaklah ikut kehendak Allah SWT seperti yang terkandung dalam Al-Quran.
Ayat 6: Tujuan al Quran diturunkan. Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad saw memberi peringatan kepada kaumnya, Musyrikin Mekah. Sebelum ini tidak ada nabi-nabi yang memberi peringatan dan amaran kepada mereka. Menyebabkan amalan-amalan mereka jauh daripada agama.
Ayat 7: Allah SWT beritahu awal-awal kepada Rasulullah, sedikit sahaja orang yang mahu beriman. Setelah didakwah, enggan beriman mereka akan diazab di akhirat.
Ayat 8: Ancaman Akhirat: Orang-orang yang enggan beriman ini, di dunia mereka berjalan dengan sombong. Di neraka tangan mereka dibelenggu, diikat di batang leher dengan rantai. Kerana itu mereka tertengadah (wajah mereka mendongak ke atas).
Ayat 9: Ayat Celaan kepada orang-orang yang tidak mahu beriman: Allah SWT mengunci hati kebanyakan manusia, mereka tidak dapat memahaminya. Allah SWT menutup pandangan mereka di hadapan dan di belakang. Sehingga mereka tidak dapat melihat kebenaran. Tidak mendapat petunjuk dan hidayah.
Ayat 10: Kebanyakan umat akhir zaman tidak beriman. Sama sahaja bagi mereka, sama ada mereka diberi peringatan atau tidak diberi peringatan. Mereka tetap tidak beriman. Degil. Menolak wahyu. Kufur.
Ayat 11: BERITA GEMBIRA: Peringatan Nabi Muhammad saw hanya berguna kepada orang-orang yang takut kepada Allah Yang Maha Pengasih, walaupun mereka tidak melihat-NYA. Pasti mereka yang mengikut Rasulullah saw mendapat keampunan dan pahala. Iaitu orang-orang yang membenarkan wahyu dengan bertalaqi ada dalil Quran.
Ayat 12: ANCAMAN AKHIRAT: Allah SWT berkuasa menghidupkan orang-orang yang telah mati. Segala amalan manusia, baik atau buruk dicatat dalam kitab amanlan masing-masing. Dia bertanggungjawab terhadap amalan baik atau buruk yang diikuti oleh orang lain. Kitab amalan ini disimpan dalam Lauh Mahfuz. Akan diberi balik di akhirat nanti.
Wkmsalam
ReplyDeleteMudah2an bermanfaat
Google meet..teruskan usaha ya
ReplyDeleteSubahanallah..ukuhuwa terjalin..
ReplyDeletedengan google meet ni, senang kerja. Nak belajar, dengar ceramah secara live semua boleh...
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsiannya Kak PI. Lama pula rasa tak singgah ke sini, sibuk sedikit.
ReplyDeleteKitab amalan tu yang buat kecut perut. Semoga kita dapat dari belah kanan. Aamiin.
ReplyDeletePerkongsian yang sangat bermanfaat..
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteAlhamdulillah, teknologi yang banyak memberi manfaat. terpulang kepada kita ke mana nak digunakan kecanggihan teknologi kini. Terima kasih akak paridah tas perkongsian ini,
sejak pkp ni 1 sisi positif yg sy nmpk. makin byk majlis ilmu keagamaan dianjurkan meski pun dilakukan secara maya. kalau dulu mungkin org x terfikir nk adakan majlis ilmu seumpama ini. terima kasih kak ats perkongsian
ReplyDelete