Thursday 8 April 2021

TATABAHASA...

 ASSALAMUALAIKUM



TATABAHASA MENUKANG PANTUN


Tatabahasa ialah bidang ilmu yang mempelajari kaedah-kaedah yang mengatur penggunaan bahasa. Ilmu ini merupakan sebahagian daripada bidang ilmu  mempelajari bahasa iaitu linguistik. Tatabahasa moden mencakupi bidang fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik.

Rujukan kamus Dewan Bahasa Edisi 4

Tatabahasa juga ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya.

 

Pantun ini;

 

Anak undan terketik-ketik,

Dikejar ayam patah kaki;

Kami sepantun telur itik,

Kasih ayam maka menjadi.

1.    Kesalahan tatabahasa klausa satu tiada

2.    Kesalahan tatabahasa klausa 2, 3 dan 4 ialah penggunaan huruf besar setelah tanda jeda koma pada klausa 1 dan jeda koma berindih pada klausa 2. Juga huruf besar digunakan pada awal klausa 4.

 

Anak ………………………….,

Dikejar………………………..;

Kami ………………………….,

Kasih…………………………..

Persendian atau jeda pantun empat kerat ialah koma (,) di akhir bait #1, koma bertitik di akhir bait #2. Seterusnya koma (,) di akhir klausa #3, dan titik (.) di akhir klausa #4. Huruf besar pada perkataan pertama baris satu sahaja melainkan nama khas.

Pantun yang dipetik dari buku KURIK KENDI MERAH SAGA terbitan DBP ini mempunyai;

i/ Morfologi atau pembentukan kata bersesuaian.

ii/ Sintaksis atau penyusunan kata dengan rima yang bertepatan.

iii/ Fonologi rima yang bertepatan

iv/Semantik atau makna yang terkandung dalam pantun tersebut tersirat maksud mendalam

 

 

1

 

 

 


10 comments:

  1. tksh pc belajar sastera sikit heh..heh

    ReplyDelete
  2. terima kasih untuk perkongsian kak PI

    ReplyDelete
  3. Pantun-pantun lama lebih menusuk kalbu, namun pantun-pantun baharu juga tidak kurang hebatnya. Tapi ada juga pantun baharu yang entah apa-apa. Disebabkan ingin mencari rima akhir, pembayang dan pemaksud langsung tidak kena atau berkaitan.

    ReplyDelete
  4. Paling sukar nak kuasai tatabahasa yang betul!

    ReplyDelete
  5. sy x mengaji sgt tatabahasa dlm bahasa Melayu ni sbb mengaji TESL dulu. Jadi penulisan BM pun setakat mana yg dipelajari masa SPM je la.

    ReplyDelete
  6. tatabahasa nampak ja senang tapi actually susah huhu

    ReplyDelete
  7. Masih banyak ilmu tatabahasa kena dipelajari. Cuma untungnya bahasa Melayu tak ada pembahagian ikut jantina atau waktu macam Bahasa Arab atau Inggeris. Tu lagi susah

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist