Friday 12 March 2021

SAMPIRAN PANTUN...

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA



Pantun memiliki struktur yang terdiri atas sampiran dan isi. Sampiran berfungsi menyiapkan rima dan irama yang dapat membantu pendengar memahami isi pantun. Pada umumnya sampiran tidak memiliki hubungan dengan isi, tetapi terkadang sampiran dapat memberi bayangan terhadap isi pantun. Isi merupakan bahgian penting pantun yang berisi maksud atau  yang akan disampaikan penukil pantun.

Menurut Sutan Takdir Alisjahbana, fungsi sampiran adalah menyiapkan rima dan irama agar pendengar dapat memahami isi pantun dengan mudah. Ini dapat difahami kerana pada dasarnya, pantun merupakan sastra lisan. Pola rima dan irama pada pantun secara eksplisit menegaskan sifat kelisanan pantun pada budaya Melayu dulu.

 

Definasi  pantun sebagai jenis puisi lama yang terdiri atas 4 larik dengan rima akhir a/b/a/b. sukukata ditetapkan ialah 8, 10 dan 12 sukukata untuk pantun biasa, empat baris serangkap. Setiap larik biasanya terdiri atas 4 kata, larik 1-2 merupakan sampiran, larik 3-4 merupakan isi atau maksud.

-       Rujukan Wikipedia Indonesia

Air yang dalam bertambah dalam

hujan di hulu belum lagi teduh

hati dendam bertambah dendam

dendam dahulu belum lagi sembuh

 

Sampiran ialah kata kiasan yang akan membentuk maksud sebenarnya. Seharusnya dipilih unsur alam sebagai bait pembayang.

Radio klasik telah menyediakan sampiran pantun “Kerjaya jururawat bukanlah mudah,

Tugas mulia lagi diberkati.” Dan meminta pemantun menyambungkan dengan maksud bertepatan sempena meraikan HARI JURURAWAT SEDUNIA 2020.

Sekiranya disambung begini; contoh pantun Yahti Hayati yang disiarkan Radio Klasik;

Kredit Yahti Hayati;

“Kerjaya jururawat bukanlah mudah,

tugas mulia lagi diberkati.

andai terlewat terima padah,

tabahnya ia mencurah bakti.”

Stanza yang lengkap empat baris. Rima pantun a b a b di tengah dan hujung juga ada. Format pantun masih ada walau sudah berimej puisi kuatrin. Puisi kuatrin kadensa lunak 10 sukukata. Menukilnya seperti wajah pantun iaitu 4 baris serangkap dan rima akhir sahaja a b a b. Puisi  ini tidak memerlukan sampiran seperti pantun. Baris  satu hingga empat maksudnya bersambung.

Pemantun tiada pilihan untuk menyambung sampiran pantun yang diberi Radio Klasik dengan dua baris maksud yang selari dengan sampiran seperti puisi kuatrin.

Pantun yang disiarkan radio klasik ini masih ada sedikit wakah pantun dan boleh diklasifikasikan sebagai pantun kreatif moden yang bebas dan tidak terikat dengan nilai pantun Melayu tradisi.

 

Sampiran pantun yang dikemukakan untuk menduga pemantun menyerlahkan kreativiti mengolah sampiran bertepatan dengan maksud sepatutnya mungkin begini;

 

…………………………………………………………………

…………………………………………………………………

kerjaya jururawat bukanlah mudah,

tugas mulia lagi diberkati.

 Atau begini;


Hendak melawat desa Serendah,

beli halia setengah kati;

...................................................

.................................................

 

 



 


6 comments:

  1. Pantun termasuk dalam adat dan budaya Melayu kan kak PI.

    ReplyDelete
  2. Saya masa sekolah dulu, tulis sampiran asal beritma je, buat syarat. Dah lama baru tau yang kalau boleh beri pembayang isi pantun lagi baik

    ReplyDelete
  3. Masa sekolah dulu adalah belajar buat pantun ni.
    Sekarang dah tak berapa reti

    ReplyDelete
  4. Pantun2 biasa boleh la atie buat tapi kalau perlukan maksud mendalam, mmg tak pandai

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist