ASSALAMUALAIKUM
MENGGILAP
POTENSI DIRI
Maksud
potensi ialah kemampuan mencapai sesuatu menurut rujukan PRPM. Tajuknya bagai
hendak memperkatakan isu motivasi pula. Sedangkan yang menulisnya bukanlah
motivator atau sesiapa pun. Tapi menulis lantaran teruja mengikuti kemajuan
penulis grup GRAHA yang menyerlah namanya dalam arena penulisan berkat rajin
berkarya sastera dalam pelbagai genre.
Antaranya
penulis Sujata Wee, Nizam Mohd Subari, Gabriel Kim Juan, Addyra Azzahra, Aloy
Indera, Noorizam, Anamatara, Faridah Ida Rasul, Annur, Qurniaan Jiwa, Abd Aziz,
Amir Hamzah, Sarji dll. Karya
penulis-penulis ini sering saja disiar menghiasi akhbar dan majalah tempatan.
Dan kerap pula memenangi sayembara penulisan anjuran penganjur. Tahniah!
Yahti
Hayati, Zuraida Dewi, Syidah Ida Sabariah Nur Salleh antaranya pemenang sayembara. Saniah Masri,
Ustazah Ana, Russ Asan, Wahidah Ahmad sering disiar karyanya di Radio Klasik
dalam slot pantun, ADILA dll karya kreatif. Tahniah!
Salmah
Amir Jamal A Majid, Pak Ngah, Hamimah,
Iris Suzanis,Oui Sai, penulis-penulis berketrampilan dengan cara karya berbeza
namun sangat berkualiti tinggi. Tahniah!
Bayu
Pagi dan Pak Engku dalam kluster istimewa kerana kedua-duanya miliki pesona
tersendiri dalam penghasilan karya.
Bakat
yang ada anugerah Ilahi digilap sebaiknya dengan gigih berkarya dan menghantar
setiap karya yang dihasilkan kepada penerbit. Sikap penulis-penulis ini memang
terbaik dicontohi. Seperti kata sifu TA mesti berani mencuba. Selagi tidak
berani mencuba masakan tahu hasilnya. Lalu kita terpegun memandang tiga cerpen
karya seorang penulis ini disiar tiga akhbar arus perdana; Mingguan Malaysia, Berita
Harian, Harian Ekspress Sabah, Ahad 28 Feb semalam. Hebat sungguh NURIMAS ini.
Tahniah! Nurimas SN atau Samiron Rahmat pernah menulis cerpen dalam antologi
SENJAKALA terbitan SPTA. Beliau baru saja bersara sebagai guru kanan pada tahun
lalu. Pada pemerhatianku secara peribadi beliau ini seorang yang sangat rajin
berkarya sejak lama. Jika ingin berjaya dalam bidang penulisan ini paling utama
mesti rajin berkarya pelbagai genre sastera. Terasa jemu berpuisi, menulis esei
atau cerpen pula. Sebelum hendak menulis apa pun kenalah cari serba sedikit
info berkenaannya.
SPTA
kendalian admin sifu Tabir Alam tidak lokek berkongsi ilmu sastera kepada yang
berminat menyantuninya tidak mengira siapa. Tahap pengajian standard tertinggi
tidak mampu dipertikai. Alhamdulillah merasa juga menuntut ilmu sastera secara
lebih sempurna walau semata dalam talian secara santai mengisi luang masa.
Semoga
potensi diri PUJANGGA SPTA memancar-mancar sinarnya justeru sifu TA telah
menggilap kesuramannya. Terima kasih banyak sifu. Budi dan jasa sifu tidak
ternilai harganya. Dikenang abadi selamanya. Semoga tiasa dilindungi Allah
sihat sejahtera dengan rezeki melimpah sukses dunia akhirat amiin.
bestkan klu ada sifu yang sudi bantu dalam bidang yg kita minat
ReplyDeleteBila ada yang mahu dan suka menggilap bakat atau selalu memberi semagat, akan ramai yang bangkit dan menjadi positif. Termasuklah dalam berkerya kan Kak PI.
ReplyDeletesemoga akak akan terus menghasilkan karya2 yg menarik n bermutu tinggi...
ReplyDeletesalams rindu dari saya kak....lama tak membaca karya2 akak :):)
ReplyDeletetest
ReplyDeletedulu minat jg menulis..sekrg minat membaca & menonton..
ReplyDeletebagus ada sifu yg boleh bagi tunjuk ajar..tahniah kepada semua penggiat karya seni tanahair..
semoga usaha mulia ini berterusan ;-)
ReplyDelete