Thursday, 11 March 2021

SALAM ISRAK MIKRAJ

 ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES(C)


ISRAK MIKRAJ

 

Nabi yang mulia berdukacita

Ummul mukminin wafatlah sudah

Siti Khadijah suri tercinta

hibanya sungguh berladung gundah

 

Nabi Muhammad terkenang-kenang

walang hatinya dilitup mendung

wajah terbayang senantiasa

ngilunya kalbu perih terluka

 

27 Rejab tahun ke 12

Allah turunkan Jibril ke bumi fana

membawa nabi jauh kembara

mengubat luka menyapu lara

mengadap Allah Yang Maha Esa

 

Bersama buraq terbang ke langit lazuardi

malam gelita cerlang gemilang

tujuh petala berlapis-lapis

lintasi bulan bintang gentayang

Cakerawala sarat cerita

Surah Al-Israa’ ayat 1

Surah An-Najm: 53;13-18

selak dan baca satu persatu

beriman teguh umat Muhammad

kembara jiwa rohani murni

 

PARIDAH ISHAK

DMS

1103/021


8 comments:

  1. salam israk mikraj, kak..semoga kita dpt mengambil iktibar dari peristiwa agung ini..

    ReplyDelete
  2. Isra' dan Mi'raj juga bukti kebesaran Allah yg x terjangkau dek fikiran manusia..

    ReplyDelete
  3. salam israk mikraj.,. perlis, kedah dgn n9 je cuti semalam., hehehe

    ReplyDelete
  4. Salam israk mikraj kak PI. Mari kita banyakkan berselawat untuk mengenang Baginda SAW

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist