ASSALAMUALAIKUM
ANGGERIK DESA
Apa dipandang kepada
anggerik,
tumbuhnya liar di
dalam hutan,
mekar sehari besok
binasa,
sebelum layu sudahpun
mati,
bukan memandang kepada
cantik;
pokok pangkalnya hati
berkenan,
kalau sesuai budi
bahasa,
sampai ke kubur
bersatu hati,
*Bunga anggerik yang
permai,
Memang molek dipakai,
2X
Banyaklah bunga di
dalam taman,
apalah guna anggerik
di desa,
molek pun tidak,
wangipun bukan,
tidak sesuai untuk
disunting,
sungguhlah puan bunga
idaman,
indah kerana budi
bahasa,
bukanlah cantik di tengah
pekan,
cantik berbuai di hujung
ranting,
Bunga berseri disinar
malam,
kumbang menari dengan
cahaya,
alam kekasih bunga
dikarang,
anggerik tak mungkin
menukar ganti,
Sudah menjadi aturan
alam,
bunga penyeri taman
bahgia,
kumbang memilih bukan
sebarang,
anggerik di desa
pujaan hati,
Bunga Anggerik di
desa,
indah budi bahasa.
Stanza puisi ini
terdapat dalam lagu Anggerik Desa yang melatari filem Melayu klasik Bawang
Putih Bawang Merah.
Lagu bunga anggerik -
nyanyian Bawang Merah dan dayang-dayangnya
Suara utama nyanyian
Kamariah Noor..
Penyanyi latar filem ini
Kamariah Nor, Norma Man, Mustafa Osman.
Lagu gubahan Zubir
Said.
Senikata lagu Anggerik
Desa dicipta berasaskan genre pantun talibun iaitu pantun yang dikarang 6, 8
atau 10 baris seperti stanza satu dan
diakhiri dua baris puisi seakan karmina tapi hanya digandingkan dengan
sampiran dan maksud hanya tiga perkataan sahaja tidak seperti karmina biasa
dengan 4 perkataan melengkapi kadensa lunak 10 sukukata.
Talibun
merupakan puisi Melayu tradisi menggunakan bahasa berima aaa bbb untuk stanza 6
baris. Senikata lagu Anggerik Desa berima aaaa dan bbbb dihujung kerana dari
genre talibun lapan baris. Bahasa untuk puisi talibun berima mengandungi pola rima
tertentu dipenuhi dengan penyataan kodi menjadi selingan dan hiasan cerita
menyerlahkan keindahannya mengikut tema sesuatu cerita pilihan. Jelas metafora
menjadikan kiasan dan perbandingan memfokuskan kepada unsur alam iaitu bunga
anggerik. Bunga anggerik walau sangat cantik namun cuma tumbuh di hutan.
Habitat asalnya begitu.
Senikata yang amat
indah bersesuaian selari dengan cerita filem Bawang Putih Bawang Merah.
Filem
Bawang Putih Bawang Merah diarah oleh pengarah S.Roomai Noor pada 1959. Filem
ini diadaptasikan dari novel Bawang Putih Bawang Merah hasil
karya oleh Salleh Ghani yang diterbitkan pada tahun 1955
melalui Syarikat Geliga Press. Beliau juga bertindak sebagai penolong pengarah
dan dibantu oleh Hussain Haniff
Rujukan Wikipedia
Filem ini
lakonan Latifah Omar, Umi Kalsom, Mustafa Maarof, Aminah Yem, Siti Tanjung Perak
sebagai pelakon utama.
SINOPSIS BAWANG MERAH
BAWANG PUTIH
Pak Ali mempunyai dua
orang isteri iaitu ‘Mak Labu’ dan ‘Mak Kundur’. Mak Labu telah melahirkan
seorang anak perempuan yang bernama Bawang Putih. Pak Ali menjaga anaknya
Bawang Putih dan Bawang Merah dengan penuh kasih sayang tetapi malangnya, bak
kata pepatah Melayu ‘jangan disangka air yang tenang tiada buaya’ akibat
perbezaan tingkah laku antara Bawang Merah dan Bawang Putih. Bawang Merah mempunyai
rupa paras yang cantic dan berhati mulia manakala Bawang Putih pla mempunyai
sikap iri hati kepada Bwang Merah. Pak Ali mati apabila terkena sengat ikan
sembilang. Setelah kematian Pak Ali, kehidupan Bawang Merah dan ibunya penuh
dengan kesengsaraan dan penderitaan kerana semua kerja di bendang harus
dilakukan oleh Mak Labu. Akhirnya dendam kesumat Mak Labu telah menjelma kepada
rupa seekor ikan kaloi. Pada suatu hari, Mak Kundur telah menangkap ikan kaloi
kemudian digulai dan
dihidangkan kepada Bawang Merah. Setelah Bawang Merah tahu bahawa makanan yang
dihidangkan oleh Mak Kundur dan Bawang Putih itu adalah ibunya, Bawang Merah
terus mennagis dan pada malamnya dia bermimpi bertemu seorang perempuan tua dan
menyuruh Bawang Merah memungut tulang-tulang ikan itu kemudian ditanam. Tempat
tulang yang ditanam itu telah ditumbuhi pokok beringin. Di sinilah tempat
Bawang Merah bermain buaian sambal menyanyi. Seorang raja telah terpikat kepada
Bawang Merah walaupun pada mulanya Bawang Putih cuba menyamar sebagai Bawang
Merah. Akhirnya raja dan Bawang Merah berkahwin. Mak Kundur dan Bawang Putih
pula telah diusir dari istana setelah perbuatan jahat mereka dapat dihidu oleh
raja.
Filem ini karya sastera
rakyat dimana kisahnya telah berlaku suatu ketika dahulu. Dan sudah sekian lama
diwarisi juga sebahagian darpada budaya melipur lara masyarakat pada ketika
dahulu.
|
|
|
|
Suka tengok lakonan Latifah Omar tu kak PI.
ReplyDeleteTKSH PC YA TERBAIK LAKONANNYA
ReplyDeleteAnggerik sekarang dah pandai menyesuaikan diri. Di hutan hidup, dalam jambangan pun cantik.
ReplyDeletebunga anngerik kan tahan lama kak... nape di kata sehari je kembangnya
ReplyDeletecerita yang tak jemu ditonton
ReplyDeletesuka cerita lama hitam putih..sebab suka dengar bahasa baku orang dulu
ReplyDeleteBunga Anggerik kenapa tak dihargai ni :(
ReplyDeletesaya peminat tegar seniwati Latifah Omar ni kak PI, lagi satu kan saya ada tahi lalat sama macam allahyarhamah hehe :)
ReplyDeleteayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000 :d
ReplyDeletedapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q :-* (f) (f) (f)
This was a lovely bloog post
ReplyDeleteThanks for sharing thhis
ReplyDelete