ASSALAMUALAIKUM
Andai menjadi sesumpah tentu kewujudan tidak disedari.
Namun ada yang menyampah dan menyumpah kerana mengelirukan kewujudan diri.
Terlalu banyak bertanya akan ketara kebodohannya. Tapi
malu bertanya tentu mengekalkan kebodohan selamanya.
Sering mengucapkan kalimat sabar kepada seseorang kala
ujian menimpanya tapi jangan pula terlupa kalimat hikmat itu tika diri sendiri
diuji pula.
Yakinlah kebaikanmu akan memayungi kesusahanmu.
Mencari permata antara pasir itu agak mudah kerana
permata itu berkilauan tapi menentukan keaslian permata itu sukar juga selagi
tidak diuji.
Lautan ilmu menenggelamkan kebodohan penyelam ke dasarnya
dan mengapungkan kebijaksanaan ke daratan.
Kemahuan mengasak asa mencapai cita-cita. Tiada kemahuan
cita-cita dikuasai pesimis.
Menyalahkan sesiapa kerana kesusahan kita tidak
menyelesaikan masalah. Tapi memperbaiki kekurangan dengan menolong diri sendiri
akan lebih membantu.
Boleh sahaja berdalih hendak melakukan sesuatu atau tidak
dengan pelbagai sebab. Tetapi jika sebab
yang menjadi alasan tidak masuk akal tentu akan diketawakan.
Luruskan selembar benang yang hendak dimasukkan ke dalam
lubang jarum, kerana benang yang bersimpul menyukarkan jarum menjahit kain..
Sesumpah ada taktik menyelamatkan diri. Tapi kalau kita yang buat begitu tidak mustahil dibenci orang.
ReplyDeletekotakan apa di kata..walk the talk..
ReplyDeletedah lama x nampak sesumpah..
cam & leon...
ReplyDeletebijak menyesuaikan diri mengikut keadaan sekeliling
kat kebun wak banyak sesumpah ni
ReplyDeleteia haiwan bermanfaat kerana dapat mengawal serangga perosak.
sesumpah salah satu keunikan ciptaan Ilahi
ReplyDeletepenah jg terfikir kena dia dinamakan sesumpah? dia boleh sumpah org ke? hahahaha
ReplyDeletekalau manusia yg bersifat sesumpah ni boleh menyamar. takut juga weh kpd org yg berpura2 ni...
ReplyDeletesesumpah ni, kalau di manusia, kena hati2 tapi sometimes kita juga kena jadi sesumpah.. tapi sesumpah yg bisu
ReplyDeleteHidup biarlah menjadi manusia yang bermanfaat samada sesama manusia mahupun hidupan-hidupan lain kerana Allah suka begitu.
ReplyDeletemendalam maksudnya kak PI :)
ReplyDeleteContohilah sesumpah, boleh sesuaikan diri dengan keadaan
ReplyDeleteDi rumah saya ada 2,3 ekor sesumpah suka duk di pokok² yang ditanam.. Tapi kecil je,tak besar.. Pandai dia menyamar diri apabila didekati.
ReplyDelete