Sunday 28 March 2021

NOVEL ATUK

 ASSALAUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU VIEWERS N BLOGGERS YANG DIKASIHI


NOVEL ATUK

 

Aqil Hariss menyapa atuknya yang sedang ralit menulis karya. Atuknya terdongak memandang wajah cucunya, tertanya-tanya.

“Atuk ada novel yang atuk tulis? Cikgu suruh baca sebuah novel sebelum masuk sekolah  April ni.”

Atuknya menyuruhnya mencarinya di atas rak buku yang dipenuhi timbunan buku pelbagai tajuk yang bersepah tidak tersusun. Selama berada di rumah dalam tempoh PKP,PKPP,PKPD dan segala macam P norma baharu lantaran covid-19 dia sibuk dengan PdPR dan game komputer saja. Ini sudah dekat nak masuk sekolah esok lusa baru teringat pesanan gurunya supaya membaca sebuah novel. Mujurlah atuknya seorang penulis novel juga. Penulis sendu yang baru saja menulis karya secara suka-suka mengisi masa.

Tidak sia-sia atuknya menulis novel KELARAI IMPIAN terbitan DBP 2020. Dapat juga cucunya memanfaatkannya sebagai wadah pembelajaran sastera peringkat menengah rendah. Aqil Hariss masih dalam tingkatan dua di sekolah berasrama penuh sekitar sini.

Sesekali fikir nak ketawa juga....rupanya aku ni novelis ya…heh..heh..    




10 comments:

  1. Mudah2an Aqil Haris juga akan jadipenulis hebat macam atuknya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Nama saya juga ada tercatat dalam beberapa buku dan majalah sebagai penulis. Seingat saya ada 3 esei saya keluar dalam Dewan Budaya, dan 2 buah buku, 1 antologi pantun (berkumpulan), 1 buku terbitan jabatan. Juga sebagai penulis dan penolong editor bagi majalah jabatan.. Seronok dapat berkenalan dengan penulis di blog.. ������

    ReplyDelete
  3. Terbaik Aqil, semoga Aqil berjaya dalam bidang penulisan sastera jadi hebat macam atuk jugak.

    ReplyDelete
  4. p/s sy ada tag akk ;-)

    https://aniesandyou.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah,tumpang bangga dan seronok

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, bangga Aqil baca novel tulisan atuk sendiri..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Alhamdulilah... tumpang bangga, gembira dan teruja. harap suatu hari nanti bakat penulisan ini ada kesinambungannya. daripada atuk kepada cucu-cucunya...

    ReplyDelete
  8. Bestnya Aqil ada atuk novelist! 😎👍🏻

    ReplyDelete
  9. Aqil akan buat presentation novel depan kelas ke? and novel atuk sendiri pula tu... best and bangga betul :)

    ReplyDelete
  10. Mesti Aqil bangga bagitau kawan-kawan dan cikgu yang novel dia baca tulisan atuk sendiri

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist