Tuesday 16 March 2021

CEMPAKA BIRU

 ASSALAMUALAIKUM


 

 


ASSALAMUALAIKUM



PIC GOOGLE IMAGES (C)



KUPLET PANTUN


Kuplet ialah sepasang baris matra dalam puisi. Kuplet lazimnya mengandungi dua baris yang berima dan yang mempunyia matra yang sama. Kuplet boleh berbentuk formal (tertutup) ataupun bersambung (terbuka). Dalam kuplet formal, setiap baris tertutup, bermaksud terdapat jeda nahu pada penghujung  baris ayat. Dalam kuplet terbuka pula, maksud baris pertama dibawa kepada baris kedua.

 

Kuplet untuk pantun pula berima a b a b untuk klausa sampiran dan maksud untuk sebuah stanza pantun genre biasa. Tidak seperti kuplet untuk puisi soneta.

Bait “Cempaka Biru gagah berani,” ialah baris maksud kepada perawakan personifikasi “Cempaka Biru” yang menjadi seseorang yang gagah berani.

Bait 2,“melawan musuh berpalit dosa.” Dengan maksud perjuangan mengatasi perbuatan mereka yang mungkar

“Cempaka Biru” ialah kata nama khas kepada seseorang. Dan bukan kata nama umum untuk bunga cempaka biru.

 

Kuplet menyimpulkan maksud pantun biasanya berdasarkan tema pantun pilihan. Merujuk kepada beberapa web medsos maksud yang dikemukakan ini berdasarkan filem CEMPAKA BIRU

 Filem Cempaka Biru merupakan sebuah filem Melayu klasik yang diterbitkan pada tahun 1963.

Filem Cempaka Biru dilakonkan.Ghazali Sumantri, Suraya Haron, Rose Yatimah, Yem dan ramai lagi.

Snopsis filem ini; mengisahkan puteri Cempaka Biru yang menyamar sebagai Hidayat dan bekerja dengan pembesar istana yang tamak kuasa. Cempaka Biru sebenarnya ialah pewaris raja yang telah hilang ketika raja dan permaisurinya sedang belayar dan diserang lanun. Permaisuri melahirkan seorang putera ketika itu. Putera itu jatuh ke laut. Pembesar yang menemui putera itu menyelamatkannya menjadikannya anak angkat. Tapi mendidiknya menjadikan lanun pula. Raja kerajaan itu yang telah mangkat ingin digantikan dengan anaknya. Akhir cerita geliga sakti warisan raja menunjukkan bahawa Dipak anak anglat kepada pembesar dan Cempaka Biru ialah anak kepada raja dan adinda kepada Cempaka Biru. Cempaka Biru memutuskan Dipak menaiki takhta kerajaan.

 

Relasi kisah dengan baris maksud yang kedua; “melawan musuh berpalit dosa” amat ternyata.


8 comments:

  1. Terima kasih kak PI kongsi ilmu.

    ReplyDelete
  2. sastera tahap tinggi ni..saya cuma tahu pantun 4 kerat, 2 kerat..

    ReplyDelete
  3. Kuplet sama makna sebagai pembayang agaknya kak PI ye , saya sangat meminati allahyarhamah seniwati Roseyatimah .

    ReplyDelete
  4. bahasa melayu klasik...kalau dituturkan skrg ramai anak2 muda yg terpingga2..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kongsi ilmu dengan kami

    ReplyDelete
  6. 1st time dgr perkataan kuplet ;-)

    ReplyDelete
  7. terima kasih kak PI atas ilmu baru ini

    ReplyDelete
  8. thank you kak PI sharing ilmu ni

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist