Showing posts with label MADAH. Show all posts
Showing posts with label MADAH. Show all posts

Friday, 28 August 2026

PERJUANGAN

 ASSALAMUALAIKUM

.




PERJUANGAN

.

Pejuang yang memperjuangkan kemerdekaan negara daripada belenggu penjajah tidak ternilai budi pengorbanannya. Semata-mata berjuang untuk memperolehi imbalan dijanjikan pihak tertentu ternyata petualang yang merosakkan nilai perjuangan.

 

SINAR BULAN

Biarlah menjadi seperti bulan menampan cahaya matahari namun menerangi sekitarnya. Umpama seseorang berkongsi ilmu bermanfaat yang diterima.

DOA

.

Anggapan, sangkaan, kata-kata terbit dari hati adalah doa. Senantiasa beringat-ingat agar tidak berlaku sebaliknya akibat di bawah sedar terlepas semua.

.

IKTIBAR

.

Ambil iktibar setiap kisah pengalaman hidup orang lain untuk dijadikan pengajaran, pedoman, peringatan dalam menjalani kehidupan kita yang singkat amat di muka bumi Allah. Selalu beringat bahawa langit tidak selalu cerah. alam yang indah permai dan tenang ini sesekali akan dikocak angin ribut taufan,api, air banjir dan mendung gelap akan menabiri kehidupan. yang kita inginkan hanya yang molek-molek dan baik-baik saja tapi pantang tersilap percaturan musibah menyapa kita.

.

BAHASA PENULIS

Penulis melukis dengan bahasa tulisan. Hasilan karya cerminan wajah jiwa. Berfikir ulang kali sebelum menyusun diksi mengukir citranya agar disenangi dan tidak salah tafsirannya.


Monday, 19 January 2026

PERTEMUAN

 ASSALAMUALAIKUM


Andai jarak hubungan semakin dekat, dunia semakin kecil dan kita saling mengenali antaranya dan mudah mengetahui siapa yang boleh dijadikan sahabat atau menghindari seteru yang mengelilingi nuansa.

Paridah Ishak

Desa Melor Serendah

18/1/026

Sesuatu yang berlaku bukan semata kebetulan. Tapi segalanya telah tersurat. Hikmah kejadian mengandungi ibrah semestinya ditafsirkan sewajarnya




Tuesday, 7 December 2021

MUHASABAH

 ASSALAMUALAIKUM


 


 

Bermuhasabah menyedarkan diri kesilapan yang menjadi noda hitam atas kanvas kehidupan lalu berusaha memadamnya hingga sirna.

 

Kalau berani mencuba tentu boleh berharap sebarang kemungkinan hasilnya. Sekadar semata berharap tiada harapan.

Cinta sejati akan mengikhlaskan perasaan dikuasai yang dicintai.

 .

Perbuatlah kebaikan selalu justeru ia akan memayungi  susah payahmu saat perlukannya.

.

hendak mengambil sesuatu keputusan itu sewajarnya perlu diteliti sebaik mungkin agar tidak nanti dikesali kemudian hari

.

Cipta bahagia mengikut situasi dan nikmatinya  tanpa sebarang rungutan

 .

Memaklumkan sesuatu biar makluman itu dimaklumi  dan tidak mengelirukan untuk memahaminya releven situasi semasa


Sunday, 18 July 2021

HARGAI HAYAT

 ASSALAMUALAIKUM


 


Hargai saat hidup dan bersyukur walaupun apa warna situasi yang melingkungi kita dengan sabar bertakwa kerana ternyata masih ada rezeki untuk dinikmati.

Memaklumkan sesuatu biar maluman itu dimaklumi  dan tidak mengelirukan untuk memahaminya releven situasi semasa


Walau terasa payah hadapi hidup justeru wabak COVID-19, bawa bersabar dan bertenang selalu kerana setiap dugaan Allah bersalut hikmah yang belum terbuka   sebagai tanda Allah sedang menguji keimanan hamba.


Lestari ukhuwah dan mengerat ikatannya semesra mungkin tanpa kekangan walau tidak bersentuhan lantaran mudarat koronavirus menular kerananya jika tersengaja atau tidak melakukannya. Demi keafiatan yang tersayang.

 


Patuhi ketetapan unjuran pihak berwajib kepada setiap warga negara  kerana mentaatinya merupakan langkah terbaik untuk menghalang koronavirus daripada terus menyebarkan penyakit demi kebaikan semua.

 

Kebersihan itu sebahagian dari iman dan tuntutan agama, langsung tidak boleh dipertikaikan kebenarannya


Thursday, 18 March 2021

SESUMPAH

 ASSALAMUALAIKUM


 

PIC GOOGLE IMAGES (C)

Andai menjadi sesumpah tentu kewujudan tidak disedari. Namun ada yang menyampah dan menyumpah kerana mengelirukan kewujudan diri.

Terlalu banyak bertanya akan ketara kebodohannya. Tapi malu bertanya tentu mengekalkan kebodohan selamanya.

Sering mengucapkan kalimat sabar kepada seseorang kala ujian menimpanya tapi jangan pula terlupa kalimat hikmat itu tika diri sendiri diuji pula.

Yakinlah kebaikanmu akan memayungi kesusahanmu.

Mencari permata antara pasir itu agak mudah kerana permata itu berkilauan tapi menentukan keaslian permata itu sukar juga selagi tidak diuji.

Lautan ilmu menenggelamkan kebodohan penyelam ke dasarnya dan mengapungkan kebijaksanaan ke daratan.

Kemahuan mengasak asa mencapai cita-cita. Tiada kemahuan cita-cita dikuasai pesimis.

 

Menyalahkan sesiapa kerana kesusahan kita tidak menyelesaikan masalah. Tapi memperbaiki kekurangan dengan menolong diri sendiri akan lebih membantu.

 

Boleh sahaja berdalih hendak melakukan sesuatu atau tidak dengan pelbagai  sebab. Tetapi jika sebab yang menjadi alasan tidak masuk akal tentu akan diketawakan.

 

Luruskan selembar benang yang hendak dimasukkan ke dalam lubang jarum, kerana benang yang bersimpul menyukarkan jarum menjahit kain..


Thursday, 11 February 2021

LAUTAN ILMU

 ASSALAMUALAIKUM



Mencari permata antara pasir itu agak mudah kerana permata itu berkilauan tapi menentukan keaslian permata itu sukar juga selagi tidak diuji.


Lautan ilmu menenggelamkan kebodohan penyelam ke dasarnya dan mengapungkan kebijaksanaan ke daratan.


Kemahuan mengasak asa mencapai cita-cita. Tiada kemahuan cita-cita dikuasai pesimis.

 

Menyalahkan sesiapa kerana kesusahan kita tidak menyelesaikan masalah. Tapi memperbaiki kekurangan dengan menolong diri sendiri akan lebih membantu.

 

Boleh sahaja berdalih hendak melakukan sesuatu atau tidak dengan pelbagai  sebab. Tetapi jika sebab yang menjadi alasan tidak masuk akal tentu akan diketawakan.

 

Luruskan selembar benang yang hendak dimasukkan ke dalam lubang jarum, kerana benang yang bersimpul menyukarkan jarum menjahit kain

MyBloglist