Wednesday, 31 March 2021

NISFU SYAABAN

 ASSALAMUALAIKUM



NISFU SYAABAN

 

Bulan pun mengambang

suluh gelita

bintang malam

menghilang

.

Lembar surat baru

terbuka putih

tanpa tinta

dicoret

.

Wajah maghrib hening

catatan lama

Rakib Atid

menyimpan

 

Langit lazuardi

mengirim tanda

esok lusa

Ramadan


Tuesday, 30 March 2021

SEJARAH

 ASSAALAMUALAIKUM





SEJARAH

 

Pena

telah lama

menulis swakarya

sejarah diri sendiri

mapan

.

Tidak

Tinggal walau

sezarah debu nan

halus tercoret kisahnya

pasti

.

Demi

detak masa

pena masih rancak

menulis sejarah tidak

henti

.

Renung

sesuatu

yang telah berlaku

sebagai kenangan silam

mahal


PARIDAH ISHAK

DMS

30/3/021


Sunday, 28 March 2021

NOVEL ATUK

 ASSALAUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU VIEWERS N BLOGGERS YANG DIKASIHI


NOVEL ATUK

 

Aqil Hariss menyapa atuknya yang sedang ralit menulis karya. Atuknya terdongak memandang wajah cucunya, tertanya-tanya.

“Atuk ada novel yang atuk tulis? Cikgu suruh baca sebuah novel sebelum masuk sekolah  April ni.”

Atuknya menyuruhnya mencarinya di atas rak buku yang dipenuhi timbunan buku pelbagai tajuk yang bersepah tidak tersusun. Selama berada di rumah dalam tempoh PKP,PKPP,PKPD dan segala macam P norma baharu lantaran covid-19 dia sibuk dengan PdPR dan game komputer saja. Ini sudah dekat nak masuk sekolah esok lusa baru teringat pesanan gurunya supaya membaca sebuah novel. Mujurlah atuknya seorang penulis novel juga. Penulis sendu yang baru saja menulis karya secara suka-suka mengisi masa.

Tidak sia-sia atuknya menulis novel KELARAI IMPIAN terbitan DBP 2020. Dapat juga cucunya memanfaatkannya sebagai wadah pembelajaran sastera peringkat menengah rendah. Aqil Hariss masih dalam tingkatan dua di sekolah berasrama penuh sekitar sini.

Sesekali fikir nak ketawa juga....rupanya aku ni novelis ya…heh..heh..    




Saturday, 27 March 2021

SAYEMBARA PENULISAN PUISI GAPENA

 ASSALAMUALAIKUM

JOM TULIS PUISI SAYEMBARA GAPENA MANA TAU KUT ADA REZEKI INSYAA ALLAH








Thursday, 25 March 2021

CIRI CIRI PANTUN

 ASSALAMUALAIKUM






GRAFIK SIFU TABIR ALAM (C)


Wednesday, 24 March 2021

JELANG RAMADAN..

 ASSALAMUALAIKUM


GRAFIK SIFU TABIR ALAM (C)




Monday, 22 March 2021

ANAK MEMASANG RANJAU...

 ASSALAMUALAIKUM





TEKA TEKI

 

Tajin yang enak usang menghijau,

suka lemaknya lain mendingin;

rajin si anak memasang ranjau,

leka emaknya bermain angin.

 

Menggayung cia kalanya senja,

memandak alan pudak berbaki;

berpayung dia bukannya raja,

hendak berjalan tidak berkaki.

 

Tumbuh di tasik hairannya sakan,

menepi terbul hairannya biul;

tubuh bersisik bukannya ikan,

tapi berjambul bukannya siul

 

Pergi sekali merewang-rewang,

tersentuh kawah jerang kerambil;

tinggi sekali di awang-awang,

jatuh ke bawah sarang diambil

 

 

Ukirnya panda hiaskan renda,

pingit di rantang ditanda sentang;

airnya ada ikan tiada,

langit terbentang tiada bintang.


Sunday, 21 March 2021

ANTOLOGI HIMPUNAN PUISI DAN SAJAK PENDEK

 ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU MENIKMATI SAAT INDAHNYA BERSAMA FAMILI TERCINTA.



ALHAMDULILLAH ANTOLOGI HIMPUNAN PUISI DAN SAJAK PENDEK TERBITAN TINTA KARYA SELENGGARAAN PENULIS MAPAN CIKGU MOHD NOH DAN HAI ROZZAMAN JALAL TELAH PI TERIMA....SAJAK DAN PUISI KARYA RAMAI PENULIS BARU DAN LAMA...PI BIASALA MEMCELAH SELALU DENGAN BEBERAPA PUISI....TERIMA KASIH PENYELENGGARA BUDIMAN SUDI SERTAKAN KARYA PI YANG SEADANYA SAJA,

Thursday, 18 March 2021

SESUMPAH

 ASSALAMUALAIKUM


 

PIC GOOGLE IMAGES (C)

Andai menjadi sesumpah tentu kewujudan tidak disedari. Namun ada yang menyampah dan menyumpah kerana mengelirukan kewujudan diri.

Terlalu banyak bertanya akan ketara kebodohannya. Tapi malu bertanya tentu mengekalkan kebodohan selamanya.

Sering mengucapkan kalimat sabar kepada seseorang kala ujian menimpanya tapi jangan pula terlupa kalimat hikmat itu tika diri sendiri diuji pula.

Yakinlah kebaikanmu akan memayungi kesusahanmu.

Mencari permata antara pasir itu agak mudah kerana permata itu berkilauan tapi menentukan keaslian permata itu sukar juga selagi tidak diuji.

Lautan ilmu menenggelamkan kebodohan penyelam ke dasarnya dan mengapungkan kebijaksanaan ke daratan.

Kemahuan mengasak asa mencapai cita-cita. Tiada kemahuan cita-cita dikuasai pesimis.

 

Menyalahkan sesiapa kerana kesusahan kita tidak menyelesaikan masalah. Tapi memperbaiki kekurangan dengan menolong diri sendiri akan lebih membantu.

 

Boleh sahaja berdalih hendak melakukan sesuatu atau tidak dengan pelbagai  sebab. Tetapi jika sebab yang menjadi alasan tidak masuk akal tentu akan diketawakan.

 

Luruskan selembar benang yang hendak dimasukkan ke dalam lubang jarum, kerana benang yang bersimpul menyukarkan jarum menjahit kain..


Tuesday, 16 March 2021

CEMPAKA BIRU

 ASSALAMUALAIKUM


 

 


ASSALAMUALAIKUM



PIC GOOGLE IMAGES (C)



KUPLET PANTUN


Kuplet ialah sepasang baris matra dalam puisi. Kuplet lazimnya mengandungi dua baris yang berima dan yang mempunyia matra yang sama. Kuplet boleh berbentuk formal (tertutup) ataupun bersambung (terbuka). Dalam kuplet formal, setiap baris tertutup, bermaksud terdapat jeda nahu pada penghujung  baris ayat. Dalam kuplet terbuka pula, maksud baris pertama dibawa kepada baris kedua.

 

Kuplet untuk pantun pula berima a b a b untuk klausa sampiran dan maksud untuk sebuah stanza pantun genre biasa. Tidak seperti kuplet untuk puisi soneta.

Bait “Cempaka Biru gagah berani,” ialah baris maksud kepada perawakan personifikasi “Cempaka Biru” yang menjadi seseorang yang gagah berani.

Bait 2,“melawan musuh berpalit dosa.” Dengan maksud perjuangan mengatasi perbuatan mereka yang mungkar

“Cempaka Biru” ialah kata nama khas kepada seseorang. Dan bukan kata nama umum untuk bunga cempaka biru.

 

Kuplet menyimpulkan maksud pantun biasanya berdasarkan tema pantun pilihan. Merujuk kepada beberapa web medsos maksud yang dikemukakan ini berdasarkan filem CEMPAKA BIRU

 Filem Cempaka Biru merupakan sebuah filem Melayu klasik yang diterbitkan pada tahun 1963.

Filem Cempaka Biru dilakonkan.Ghazali Sumantri, Suraya Haron, Rose Yatimah, Yem dan ramai lagi.

Snopsis filem ini; mengisahkan puteri Cempaka Biru yang menyamar sebagai Hidayat dan bekerja dengan pembesar istana yang tamak kuasa. Cempaka Biru sebenarnya ialah pewaris raja yang telah hilang ketika raja dan permaisurinya sedang belayar dan diserang lanun. Permaisuri melahirkan seorang putera ketika itu. Putera itu jatuh ke laut. Pembesar yang menemui putera itu menyelamatkannya menjadikannya anak angkat. Tapi mendidiknya menjadikan lanun pula. Raja kerajaan itu yang telah mangkat ingin digantikan dengan anaknya. Akhir cerita geliga sakti warisan raja menunjukkan bahawa Dipak anak anglat kepada pembesar dan Cempaka Biru ialah anak kepada raja dan adinda kepada Cempaka Biru. Cempaka Biru memutuskan Dipak menaiki takhta kerajaan.

 

Relasi kisah dengan baris maksud yang kedua; “melawan musuh berpalit dosa” amat ternyata.


Sunday, 14 March 2021

GEMA KARYAWAN Pk

 ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA DENGAN AKTIVITI YANG DISENANGI....KAK PI SANTAI SAJA DUK BELEK 4 NASKAH GEMA KARYAWAN Pk KIRIMAN SIFU TABIR ALAM BEBERAPA HARI LALU....SETIAP LEMBARAN MENGISI AKTIVITI PENULIS YANG MENGANGGOTAI BADAN PENULISAN INI...KEBANYAKANNYA PENULIS PERAK YANG TERSOHOR DALAM BIDANG PENULISAN SEKIAN LAMA....PI BIASALA MENYIBUK SELALU.

SELAIN BERITA KEGIATAN PENULIS TURUT JUGA DISIARKAN BEBERAPA PUISI KARYA AHLI ANTARANYA;


semua pic kiriman Yahti Hayati (c)


DALAM SETIAP NASKHAH ADA SAJA TERSELIT PUISI ANAK DIDIK SIFU TABIR ALAM MENGEKORI LANGKAH SIFUNYA BERKARYA HEH..HEH..


SANIAH MASRI


ZURAIDA DEWI




NORAZIZAH IDRIS


YAHTI HAYATI



TERIMA KASIH GEMA KARYAWAN Pk, SIFU TABIR ALAM SELAKU EDITOR GEMA KARYAWAN Pk SUDI SIARKAN PUISI PI DAN RAKAN-RAKAN PADA SETIAP KALI TERBITAN NASKHAH INI.


Friday, 12 March 2021

SAMPIRAN PANTUN...

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA



Pantun memiliki struktur yang terdiri atas sampiran dan isi. Sampiran berfungsi menyiapkan rima dan irama yang dapat membantu pendengar memahami isi pantun. Pada umumnya sampiran tidak memiliki hubungan dengan isi, tetapi terkadang sampiran dapat memberi bayangan terhadap isi pantun. Isi merupakan bahgian penting pantun yang berisi maksud atau  yang akan disampaikan penukil pantun.

Menurut Sutan Takdir Alisjahbana, fungsi sampiran adalah menyiapkan rima dan irama agar pendengar dapat memahami isi pantun dengan mudah. Ini dapat difahami kerana pada dasarnya, pantun merupakan sastra lisan. Pola rima dan irama pada pantun secara eksplisit menegaskan sifat kelisanan pantun pada budaya Melayu dulu.

 

Definasi  pantun sebagai jenis puisi lama yang terdiri atas 4 larik dengan rima akhir a/b/a/b. sukukata ditetapkan ialah 8, 10 dan 12 sukukata untuk pantun biasa, empat baris serangkap. Setiap larik biasanya terdiri atas 4 kata, larik 1-2 merupakan sampiran, larik 3-4 merupakan isi atau maksud.

-       Rujukan Wikipedia Indonesia

Air yang dalam bertambah dalam

hujan di hulu belum lagi teduh

hati dendam bertambah dendam

dendam dahulu belum lagi sembuh

 

Sampiran ialah kata kiasan yang akan membentuk maksud sebenarnya. Seharusnya dipilih unsur alam sebagai bait pembayang.

Radio klasik telah menyediakan sampiran pantun “Kerjaya jururawat bukanlah mudah,

Tugas mulia lagi diberkati.” Dan meminta pemantun menyambungkan dengan maksud bertepatan sempena meraikan HARI JURURAWAT SEDUNIA 2020.

Sekiranya disambung begini; contoh pantun Yahti Hayati yang disiarkan Radio Klasik;

Kredit Yahti Hayati;

“Kerjaya jururawat bukanlah mudah,

tugas mulia lagi diberkati.

andai terlewat terima padah,

tabahnya ia mencurah bakti.”

Stanza yang lengkap empat baris. Rima pantun a b a b di tengah dan hujung juga ada. Format pantun masih ada walau sudah berimej puisi kuatrin. Puisi kuatrin kadensa lunak 10 sukukata. Menukilnya seperti wajah pantun iaitu 4 baris serangkap dan rima akhir sahaja a b a b. Puisi  ini tidak memerlukan sampiran seperti pantun. Baris  satu hingga empat maksudnya bersambung.

Pemantun tiada pilihan untuk menyambung sampiran pantun yang diberi Radio Klasik dengan dua baris maksud yang selari dengan sampiran seperti puisi kuatrin.

Pantun yang disiarkan radio klasik ini masih ada sedikit wakah pantun dan boleh diklasifikasikan sebagai pantun kreatif moden yang bebas dan tidak terikat dengan nilai pantun Melayu tradisi.

 

Sampiran pantun yang dikemukakan untuk menduga pemantun menyerlahkan kreativiti mengolah sampiran bertepatan dengan maksud sepatutnya mungkin begini;

 

…………………………………………………………………

…………………………………………………………………

kerjaya jururawat bukanlah mudah,

tugas mulia lagi diberkati.

 Atau begini;


Hendak melawat desa Serendah,

beli halia setengah kati;

...................................................

.................................................

 

 



 


Thursday, 11 March 2021

SALAM ISRAK MIKRAJ

 ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES(C)


ISRAK MIKRAJ

 

Nabi yang mulia berdukacita

Ummul mukminin wafatlah sudah

Siti Khadijah suri tercinta

hibanya sungguh berladung gundah

 

Nabi Muhammad terkenang-kenang

walang hatinya dilitup mendung

wajah terbayang senantiasa

ngilunya kalbu perih terluka

 

27 Rejab tahun ke 12

Allah turunkan Jibril ke bumi fana

membawa nabi jauh kembara

mengubat luka menyapu lara

mengadap Allah Yang Maha Esa

 

Bersama buraq terbang ke langit lazuardi

malam gelita cerlang gemilang

tujuh petala berlapis-lapis

lintasi bulan bintang gentayang

Cakerawala sarat cerita

Surah Al-Israa’ ayat 1

Surah An-Najm: 53;13-18

selak dan baca satu persatu

beriman teguh umat Muhammad

kembara jiwa rohani murni

 

PARIDAH ISHAK

DMS

1103/021


Wednesday, 10 March 2021

RAMBUTAN JARUM EMAS

 ASSALAMUALAIKUM


 


 

anggerik desa –

rekahan dahan tua

tumpangan kekal

 

gelas tembikar –

air kelapa muda

bahang mendingin

 

Melayu Cocos

keropok kerak nasi –

kudapan pulau

 

gugusan bunga

rambutan jarum emas -

rezeki musim

 

pucuk keledek

sayur bening bertumis -

selera desa


Tuesday, 9 March 2021

MARHAEN

 ASSALAMUALAIKUM


 


 

MARHAEN

 

Rakyat jelata desa dan kota

diberi janji pasti di kota

hidup teratur

giat dicatur

diabai kata lelah derita

 

Pilihan penting jadi penentu

bukannya dua hanyalah satu

takut tersalah

tersilap olah

tanggung akibat resah menghantu

 

Apa terjadi sudah berlaku

hasil pilihan sudah diaku

mesti terima

bersabar cuma

termenung pula dagu dipangku


Sunday, 7 March 2021

WAYANG

 ASSALAMUALAIKUM







WAYANG - Antologi Cerpen

Tahniah kepada semua cerpenis yang terpilih dalam penerbitan antologi cerpen berjudul "WAYANG - Antologi Cerpen" ini.

Antologi ini memuatkan 18 buah cerpen daripada 18 orang cerpenis. Antologi ini merupakan terbitan SPTA yang kelima bagi tahun 2021, alhamdulillah. Senarai penulis terlibat;


  1. Aloy Indra
  2. Amatara
  3. Amir Hamzah
  4. Bayu Pagi
  5. Faiziah Shamsudin
  6. Faridah Idarasul
  7. Hamimah Ibrahim
  8. Issey Miyaki
  9. Jalimah Jaudin
  10. M.S. Rindu
  11. Noorlaila Ghafar
  12. Paridah Ishak
  13. Russ Asan
  14. Salmah Amir
  15. Seti Zaleha
  16. Syidah Ida
  17. Yahti Hayati
  18. Zuraida Dewi


PI MENULIS CERPEN PESONA COVID 19 MENGANGANGKAT PENGALAMAN BLOGGER WARISAN PETANI UNTUK DIJADIKAN KARYA...IZINKAN YA WP...TERIMA KASIH....MAAF TULIS DULU BARU MINTA IZIN HEH..HEH..NAMPAKNYA SIFU TA MENYUKAI TULISAN PI DAN MEMBERI KOMENTAR POSITIF....ALHAMDULILLAH.

Thursday, 4 March 2021

POTENSI DIRI

 ASSALAMUALAIKUM


MENGGILAP POTENSI DIRI

 

Maksud potensi ialah kemampuan mencapai sesuatu menurut rujukan PRPM. Tajuknya bagai hendak memperkatakan isu motivasi pula. Sedangkan yang menulisnya bukanlah motivator atau sesiapa pun. Tapi menulis lantaran teruja mengikuti kemajuan penulis grup GRAHA yang menyerlah namanya dalam arena penulisan berkat rajin berkarya sastera dalam pelbagai genre.

Antaranya penulis Sujata Wee, Nizam Mohd Subari, Gabriel Kim Juan, Addyra Azzahra, Aloy Indera, Noorizam, Anamatara, Faridah Ida Rasul, Annur, Qurniaan Jiwa, Abd Aziz, Amir Hamzah, Sarji  dll. Karya penulis-penulis ini sering saja disiar menghiasi akhbar dan majalah tempatan. Dan kerap pula memenangi sayembara penulisan anjuran penganjur. Tahniah!

Yahti Hayati, Zuraida Dewi, Syidah Ida Sabariah Nur Salleh  antaranya pemenang sayembara. Saniah Masri, Ustazah Ana, Russ Asan, Wahidah Ahmad sering disiar karyanya di Radio Klasik dalam slot pantun, ADILA dll karya kreatif. Tahniah!

Salmah Amir  Jamal A Majid, Pak Ngah, Hamimah, Iris Suzanis,Oui Sai, penulis-penulis berketrampilan dengan cara karya berbeza namun sangat berkualiti tinggi. Tahniah!

Bayu Pagi dan Pak Engku dalam kluster istimewa kerana kedua-duanya miliki pesona tersendiri dalam penghasilan karya.

Bakat yang ada anugerah Ilahi digilap sebaiknya dengan gigih berkarya dan menghantar setiap karya yang dihasilkan kepada penerbit. Sikap penulis-penulis ini memang terbaik dicontohi. Seperti kata sifu TA mesti berani mencuba. Selagi tidak berani mencuba masakan tahu hasilnya. Lalu kita terpegun memandang tiga cerpen karya seorang penulis ini disiar tiga akhbar arus perdana; Mingguan Malaysia, Berita Harian, Harian Ekspress Sabah, Ahad 28 Feb semalam. Hebat sungguh NURIMAS ini. Tahniah! Nurimas SN atau Samiron Rahmat pernah menulis cerpen dalam antologi SENJAKALA terbitan SPTA. Beliau baru saja bersara sebagai guru kanan pada tahun lalu. Pada pemerhatianku secara peribadi beliau ini seorang yang sangat rajin berkarya sejak lama. Jika ingin berjaya dalam bidang penulisan ini paling utama mesti rajin berkarya pelbagai genre sastera. Terasa jemu berpuisi, menulis esei atau cerpen pula. Sebelum hendak menulis apa pun kenalah cari serba sedikit info berkenaannya.

SPTA kendalian admin sifu Tabir Alam tidak lokek berkongsi ilmu sastera kepada yang berminat menyantuninya tidak mengira siapa. Tahap pengajian standard tertinggi tidak mampu dipertikai. Alhamdulillah merasa juga menuntut ilmu sastera secara lebih sempurna walau semata dalam talian secara santai mengisi luang masa.

Semoga potensi diri PUJANGGA SPTA memancar-mancar sinarnya justeru sifu TA telah menggilap kesuramannya. Terima kasih banyak sifu. Budi dan jasa sifu tidak ternilai harganya. Dikenang abadi selamanya. Semoga tiasa dilindungi Allah sihat sejahtera dengan rezeki melimpah sukses dunia akhirat amiin.