Friday 8 January 2021

SURAH 99: AL- ZALZALAH (KEGONCANGAN)

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

PERKONGSIAN ILMU.
SURAH 99: AL- ZALZALAH (KEGONCANGAN)
Muka surat: 599 . Mengandungi 8 Ayat
PENGENALAN: Dakwa Surah (Isi penting) Takhwif Ukhrawi iaitu Ancaman Akhirat. Kejadian pada Hari Kiamat. Semua amalan akan dibalas walaupun sebesar zahrah.
Ayat 1: Selepas berlaku tiupan sangkakala yang kedua, bumi bergoncang dengan segoncang-goncangnya. Kalimah ZALZALAH dalam ayat ini diulang dua kali. Maksudnya bumi bergegar dengan sangat kuat. Gegaran itu berkali-kali.
Ayat 2: Pada kejadian Hari Kiamat itu, bumi akan mengeluarkan beban-beban berat yang ada di dalamnya. Menghamburkan mayat-mayat yang kembali bernyawa. Seperti seorang ibu yang melahirkan anak yang hidup.
Ayat 3: Manusia sangat ramai terpinga-pinga. Semua makhluk dibangkitkan. Orang-orang kafir tertanya-tanya. Apa yang berlaku kepada bumi?? Orang-orang Islam sudah tahu tentang Hari Kiamat.
Ayat 4: Bumi menceritakan apa yang telah dilakukan oleh manusia atas perintah Allah SWT. Bumi boleh bercakap waktu itu, mengadu kepada Allah tentang apa yang dilakukan oleh manusia dan jin. Contoh, kita hadir majlis ilmu bumi jadi saksi.
Ayat 5: Pada Hari Kiamat, Allah SWT mengarahkan kepada bumi untuk menyampaikan berita tersebut. Sekarang bumi hanya tengok sahaja segala perbuatan manusia.
Ayat 6: Pada Hari Akhirat, manusia keluar daripada kubur masing-masing dalam berbagai keadaan. Akan dikumpulkan mengikut kumpulan masing-masing. Ada yang untung, ada yang celaka. Orang-orang mukmin bersama orang-orang mukmin. Orang-orang kafir bersama orang-orang kafir.
Ayat 7: Sesiapa yang melakukan amal kebaikan, walau sebesar zahrah (debu) akan dapat balasan pahala. Kita rasa ianya kecil sahaja, tetapi di sisi Allah ia ada nilai. Amalan itu mengikut syariat dengan iman. Orang kafir tanpa iman, semua amalan baiknya tertolak.
Ayat 8: Sesiapa yang melakukan keburukan, dan pelakunya tidak bertaubat, walaupun sebesar zahrah (sangat kecil). Akan tetap menerima balasan azab. Sekiranya bertaubat dengan ikhlas, taubat nasuha – diampunkan.
PENUTUP: Allah memulakan surah ini dengan sesuatu yang amat besar. Kejadian bumi bergoncang sangat kuat pada Hari Kiamat. Di akhir surah, Allah menyebut tentang perkara yang sangat kecil. Amal baik yang kecil atau amal buruk yang kecil, semua akan ditunjukkan.
Hadis Sahih – Membaca surah ini menyamai pahalanya seperti membaca separuh al Quran. Membaca dua kali seperti membaca sebuah al Quran.

5 comments:

  1. bila baca surah ini terus ingatkan hari kiamat yg menakutkan.

    ReplyDelete
  2. teringat bila bercerita maksud surah ni kpd anak² bertubi² soalan yg ditanya dr mereka

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang sangat bermanfaat K.PI terima kasih

    ReplyDelete
  4. Allahu. Takutnya bila dibaca balik. Thanks share kak PI. Peringatan untuk kita semua

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist