Monday 7 December 2020

DISEMBER

 ASSALAMUALAIKUM



DISEMBER

 

Penghujung tahun bulan Disember

mengikut carta tahun Masehi

mengambil alih tempat November

bertukar masa kini tempuhi

 

Mula rencana susun jadual

merancang agar semua pasti

berdiam Cuma elak berbual

Allah penentu hidup dan mati

 

Saat  Disember berdetak pantas

makin hampiri titik penamat

sebelas bulan telah dicantas

semoga esok beroleh rahmat.

 

Tahun baharu norma baharu

Koronavirus masih memburu.


10 comments:

  1. semoga disember ini akan penuh kebaikan dan memberi sinar harapan yang jauh lebih baik di permulaan 2021 nanti kan PI, aamiin

    ReplyDelete
  2. Masih mesti terus berhati-hati dan jangan berhenti berdoa.

    ReplyDelete
  3. Sekejap je dah nak habis tahun 2020 kan :)

    ReplyDelete
  4. disember bulan berehat bagi saya.. tapi tahun ni macam tak sempat nak berehat pulak sebab kena jadi cikgu.hhhaha

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam.
    Covid-19 tak bermata, menakutkan... Moga kita masih terus patuhi SOP.

    ReplyDelete
  6. ayat kedua terakhir, deep meaning :(

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Harap disember ini tidak berlaku banjir.. doa seorang petugas kebajikan hehehe.. tapi jika berlaku juga semuanya dalam perancangan DIA yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

    ReplyDelete
  8. Bulan terakhir tahun 2020..semoga tahun 2021 tahun yang lebih baik & diberkati Allah...aminn

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist