Sunday, 13 December 2020

SURAH 97: AL QADR (KEMULIAAN) (5 Ayat)

 ASSALAMUALAIKUM


PERKONGSIAN ILMU. TAFSIR QURAN BERSANAD.
SURAH 97: AL QADR (KEMULIAAN)
(5 Ayat)
MUKA SURAT : 598.
PENGENALAN: Menekankan keagungan dan keberkatan Al-Quran. Malam yang mulia bagaikan persiapan menyambut kedatangan Al-Quran yang lebih mulia.
Malam itu menjadikan amalan yang dilakukan sangat bernilai. Ia lebih baik daripada seribu bulan (83 tahun 4 bulan).
AYAT 1: Kehebatan Al-Quran. Malam Qadr (Lailatul Qadr) untuk memperingati turunnya wahyu. Allah SWT gunakan perkataan KAMI menunjukan Keagungan-Nya, Kekuatan-Nya dan Kekuasaan-Nya.
i. Al-Quran dari Lauh Mahfuz (langit 7) diturunkan ke langit dunia (Baitul Izzah) dengan sekali gus dan lengkap.
ii. Dari situlah penurunan Al-Quran secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad saw selama 23 tahun. Para sahabat memahami sedikit demi sedikit.
AYAT 2: Allah SWT tanya: Tahukah kamu, apakah malam kemuliaan itu? Apabila Allah SWT tanya tentang sesuatu menunjukan ia sangat penting. Allah SWT tidak beritahu bila berlaku malam Lailatul Qadr. Kalau tahu, malam itu sahaja kita beribadat. Malam-malam lain kita malas beramal.
AYAT 3: Kali ketiga Allah SWT ulang kalimah Lailatul Qadr. Allah SWT terangkan rahsia Lailatul Qadr. Allah SWT beri peluang kepada kita untuk dapat pahala yang banyak.
Qadr – Kemuliaan dan Penghargaan. Amalan malam itu seperti seribu bulan. Umur umat Nabi Muhammad saw pendek. Allah SWT beri pahala berganda.
AYAT 4: Malam itu turunnya perintah Allah SWT yang membawa kesejahteraan. Malaikat Jibril turun membawa Al-Quran kepada Nabi Muhammad saw.
Setiap tahun turun Malaikat Jibril dan malaikat-malaikat lain dengan izin dan arahan Allah SWT. Ingin bertemu manusia yang beramal.
AYAT 5: Malam itu malam yang aman daripada syaitan. Sejahtera sehingga terbit fajar. Malaikat beri salam dari waktu terbenam matahari hingga terbit fajar kepada umat Islam yang beribadat di dalam masjid.
Sekurang-kurangnya solat berjemaah Maghrib, Isyak dan Subuh. Dapat pahala seribu bulan. Lebih-lebih lagi terawih dan Qiamulail.
PENUTUP: Allah SWT beritahu kelebihan- kelebihan Lailatul Qadr. Oleh itu rebutlah peluang memperbanyakan ibadat pada 10 malam terakhir Ramadhan.

5 comments:

  1. Sebenarnya ramadan semakin mendekat. Moga masih ada rezeki untuk kita nikmatinya.Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Surah ni mengingatkan saya pada bulan ramadhan.

    ReplyDelete
  3. syukran kak berkongsi ilmu..teringat bulan puasa..

    ReplyDelete
  4. Deja Vu ramadhan yg lepas masih terasa lagi, tak sabar nak melalui yg bakal hadir tak lama lagi

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang sangat menarik

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist